Friday, November 25, 2011

budak sekolah, budak gedik, budak budak budak!

korang semua yang terasa!
cececeyy banyak tak agak yang terasa?;p

actually untuk manusia yang bajet comel gedik macam ape je aku rasa..
bahasa melayu kat sekolah dapat berapa?
9G ke?
ke tak habes sekolah?
ke tak pernah sekolah?

macam ni.. :)
sangat = SANAD
adik = ARDEK
kita = ITEW
berubah = BUBA
sihat = SEAT
ada = ADEA
pening = PHEWNING
and and and so on..

tolonglah! bahasa melayu mudah difahami kot..
tapi bila baca ayat kau, semua jadi berkerut kening..

p/s :: ape lah nak JAWDIWWWWW. hahahahahahharammmm! =="

Thursday, November 24, 2011

papa, ayah, daddy, bapa?

semua orang hargai ibu..
sampai hari ibu diwarwarkan sangat..
tapi hari bapa?
ada yang buat tatau..
pengorbanan ibu mengandungkan kita dan melahirkan kita memang takan dapat balas sampai hujung nyawa..
tapi pengorbanan ayah?

ayah, bapa, papa, daddy, baba, or apa saja panggilan untuk seorang lelaki yang mempunyai anak..
apa saja dalam dunia ni yang mereka takan korbankan untuk kita?
kalau dorang ada sebutir bintang pon dan kita mintak, mereka sanggup bagi..
untuk melihat kita tersenyum gembira..

bagi dakni ayah tu umpama bintang..
sanggup teman bulan pada malam hari macamana sanggup teman ibu seumur hidup..
sanggup mengorbankan kecantikan cahaya dia pada siang hari untuk memberi laluan pada matahari macamana sanggup berkorban untuk anakanak..
kalau difikirkan mereka adalah seorang manusia yang sangat kuat daripada ultraman, bijak dari detektive conan dan lebih sempurna dari doraemon..

mereka adalah seorang yang sempurna......
membawa ibu pergi ke klinik untuk membuat checkup kita dalam kandungan..
pulang dari kerja walau baru 1ominit sampai office sematamata kerana dapat call kita nak lahir..
membeli pakaian kita semasa bayi..
menyambut kita semasa pertama kali keluar menghadap dunia..
tidur dikerusi menunggu kerana lelaki tak dibenarkan masuk ke wad ibu pada waktu malam..
membawa kereta perlahan yang boleh ketika lalu dilopak air kerana takut kita terjaga dalam pangkuan ibu..
sanggup berjaga malam membantu ibu menjaga kita walau esok awal pagi berkerja..
tak cukup tidur kerja siang malam untuk bagi kita selesa..

bila kita mula kesekolah..
sanggup bangun awal untuk hantar kita kesekolah..
sanggup balik tengahari untuk ambil kita pulang sekolah..
sanggup belikan telefon mahal walau dia tak mengunakan pon telefon bimbit..
sanggup belikan kasut sukan bola yang beratus sedangkan dia masih memakai stokin lama..
pulang kerja bawak kita ke giant untuk membeli baju sukan warna putih..
bagi kita makan apa yang dia beli sebab kita yeye cakap nak yang papa makan!
belikan motor baru untuk kesekolah sebab kita nampak kawan naik motor baru walau dia masih naik motor yang dia beli masa kita belum lahir..
bayar saman yang kita tunjuk sebab pergi sekolah tade lesen bawak motor..

bila kita mula meningkat dewasa..
mama cakap jangan keluar lepas habis jam 1pm waktu sekolah tapi papa yang cakap pergi lah cuba belajar tentang dunia..
mama ragu tentang kita tapi papa percaya kita, papa nak kita jatuh dan bangun..
papa bagi telefon baru sebab nak kita selamat dan tahu tentang kita..
mama cakap nanti kita ada pakwa makwa..
mama cakap nanti dapat lesen sampai kelangit ketujuh pergi..
papa cakap nanti dapat lesen boleh tolong bawak mama pergi pasar..

banyak lagi kalau nak di ikotkan pasal papa..
tapi kenapa ramai tak sedar..
kat office pernah sekali ada yang cakap,
dapat adek tak guna, kaka tak guna dan ayah tak guna..
hurm maybe saya bernasib baek dapat ayah yang sangat berguna..

tak kesah lah..
papa mama duadua berharga..
tak dapat bayang tak ada salah seorang dari mereka.. :)

p/s :: sempurnanya kita kerna kedua orang tua, adanya kita kerna kedua orang tua, redhanya allah kepada kita dengan redhanya kedua orang tua..

memperkenalkan!

awal bulan haritu pergi ambil kucing yang beli dari sorang kakak kat sri kembangan..
jumpa kat mudah.com kot..
lupa dah ;p

kakak tu bagi nama dia kelly so mama cakap bg nama dia oliey..
tapi dakni paggel lyly..
dah macam nama dah haha!

taraaa. mata cari apa ada utk dimainkan

uhh apa kat atas tuh?

ala dah hilang

kerjakan beg tuan la. yeah yeahh koyakk!

ala tuan tak layan. cakkk! main lah dengan saya!

bosannya dapat tuan macamni :(

buatbuat tidur kena layan tak?

tuan, look at mee!

tak di layan pon :(


ketepi lah. apa tengok tengok ni? ajak main tak mahu!

finally. krohhhh~~~~

p/s :: tiap hari makin nakal..








tuhan tu adilkah?

dah lama tak update? yeah memang!
berapa bulan entah..
makin lama makin pemalas!

pernah tak dalam hidup korang cemburu tengok orang laen?
tengok orang laen berjaya..
aku sangat sedang mengalami lah menda alah nih..
tiap hari aku boleh down bila fikir pasal hidup aku..
sampai bila nak jadi macam ni wei?
kerja langsung tak dapat tolong mak bapak..
nak tolong siket pon tadek..
gaji cukup makan..
wei macam mana orang yang dapat kerja gaji banyak boleh berhenti?
bodoh betol korang kan?

rasa macam dah penat..
penat cari kerja..
masa, duet semua habes untuk cari kerja..
kerja aku isnin sampai jumaat..
lepastu balek kerja malam terus bukak email, bukak jobstreet apa semua..
sabtu ahad pergi keluar cari kerja pulak..

bukan tak bersyukur tapi sampai bila nak kerja dengan gaji macamni?
orang cakap sabar lah..
tapi bercakap memang senang kan?
yang mengalami ni yang dok tanggung..

tahu aku benci tengok kengkawan dapat kerja kukuh?
tahu macam mana perasaan nak beli kereta?
nak tanggung tolong mak ayah?
tahu macam mana perasaan nak simpan setiap bulan dalam bsn?
tahu macam mana rasa tiap bulan sekali dua nak enjoy dengan kawan?
tahu tak apa lagi perasaan yang mana korang akan rasa sangat down bila fikir?!

orang cakap setiap makhluk ada rezeki yang tertulis..
ya allah kekadang aku tahu aku melampau..
terfikir mana rezeki untuk aku kalau tuhan tu maha adil untuk semua?
mengucap panjang bila syaitan iblis mula masuk dalam hati..

kenapa semua kerja sekarang lagi senang dapat bila ada orang dalam?
kalau macamtu yang tade orang dalam abes mati kutu la?
orang cakap rakyat malasyia pemalas tapi kalau ada orang macam aku macam mana?
duet berhabes untuk pergi cari kerja saja!

arghhhhhhhhhhh tensionnyaaaa!


p/s :: ya allah, andai rezeki itu ada di atas langit, turunkan lah kepada aku. andai rezeki itu ada di bawah bumi, kau keluarkan lah kepadaku. andai jauh rezeki itu dariku, kau dekatkan lah dan andai rezeki itu ada dihadapanku, kau berilah aku petunjuk agar aku nampak jalannya.. 


Tuesday, August 16, 2011

kemalangan di hutan lipur lenggeng!

entry singkat..
pagi tadi pulang ke kampung halaman..
nak hantar barang untuk raya kat rumah and mama nak tengok potensi burung layanglayang kat sana..
uhhh banyak gila burung layanglayang kat sana bila try panggil..

dalam jam 11 sampai lenggeng dah..
nak naek ke hutan lipur tu nampak ada kereta polis dan orang naek motor siket duk tepi jalan..
ingatkan ada apa..
roadblock celah bukit mana polis nak buat nih..
rupanya ada lori trelar *spelling betol dak?
trelar tuh dah terbalek masuk gaung..
bawak baja ikan kalau tak silap..
dalam dok kecoh tu dengar orang MELAYU ckp boleh amek baja ni buat jual..
hello pakcik, kau tu dah la melayu..
bulan mulai bulan ramadhan pulak tuh..
boleh tolong hormat siket tak?

dari informasi lori tu dah terbalek dari atas bukit lagi..
so lori tu masok gaung dalam keadaan berbaring lah..
habes hancur jugak kepala lori tuh..
tapi alhamdulillah pemandu masih selamat dan dikejarkan ke hospital..
polis yang ada masa kami sampai tu la bawak ke hospital..
dan masa tu dengar lagi sorang MELAYU cakap mati tak?
pakcik, cuba pertanyaan tu berbunyi pemandu selamat? 
ni tak. harus ke perkataan mati tuh?
kalau keluarga si mangsa kat situ ape ke dia rasa?

dekat belok hutan lipur ni memang selalu terjadinya kemalangan..
ramai yang cakap ada yang menunggu..
keluarga kami pon ada yang pernah mengalami tapi alhamdulillah tiada apa berlaku..
moga semua selamat..

sempat ambil satu gambor je..

maaf sebab membesarkan huruf melayu kat dalam entry nih..
bukan nak kondem tapi kita kan melayu..
mendoakan seseorang itu selamat adalah lebih baik dan menjadi seorang yang tidak panjang tangan adalah sangat digalakkan..
tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati untuk pembesaran ejaan.. :)

p/s :: memandulah dengan selamat. ingat insan tersayang. tapi kalau benda nak jadi, bawak 2okm/h pon jadi juga..

istimewanya 01 / januari?

ramai yang tanya aku apa bestnya lahir tarikh new year..
ramai jugak yang cakap seronok nye lahir sama dengan hari new year..
ada yang tahu aku lahir tarikh sama dengan new year?


sebenarnya tadelah seronok mana pon..
ah memang tak seronok lah..
sebab tak seronok adalah kerana..
dah tentu jam 12am tepat o1.o1 line telefon akan busy gila!
busy sebab orang semua sibuk nak wish kengkawan anak bini selamat tahun baru..
so memang tadek la mengharap wish message dari kawankawan dan tersayang..
semua tak lepas kot..
nak gayut pon memang ikot nasib..
kalau dah line busy macam jem ada accident lori dengan ketapi tu memang jangan lah mimpi..
nak dengar kesayangan nyanyi birthday song pon jangan mimpi..
baek tidur je dan bangun esok pagi barulah berpeluang baca semua message yang baru masuk..
then kalau dapat call free tuh barulah call si kesayangan untuk dengar die jerit "sayang happy birthday"!
tu kalau dapat lah call free..
kalau macam aku ni tadek dah..
haritu cek no meksis ni tah nama mana yanag kena..
padahal terangterang aku potostet ic untuk daftar no nih dulu..
sedey betol.. =="


lepas tu sebab kan cuti..
so memang semua ada plan sendiri lahhh!
kesabaran sungguh wei!
semua macam vvip nak kena booking awalawal untuk spend time with..
nanges sungguh birthday sorangsorang..
so kesimpulan birthday sesorang lah kat rumah..
nak keluar sorang memang tak dapatlah..


so apakah keseronokan birthday masa new year?
seronok lah sebab birthday nih satu dunia cuti..
kahkahkahkah
lepas tuh ada bunga api pung pang di udara..
silalah feeling macam bunga api sambut birthday kauu..


dah bye!

p/s :: moga setiap kali hadirnya tahun baru, aku maken kuat untuk menjalani kehidupan..

Monday, August 15, 2011

sampai hati lis buat boo macamni?!!!!!

dah ramai tahu pasal lis..
dah ramai cerita pasal lis..
dah ramai tahu hubungan lis dengan dia..
tapi tade sorang pon tahu apa lis dah buat kat boo..
tade sorang pon tahu macam mana remuk hati boo bila lis buat macam ni kat boo..

mesti lis lupa kan apa pengorbanan boo selama nih..
mesti lis lupa yang boo sentiasa ada disisi lis selama nih..
tapi ni yang lis balas dekat boo?
ini yang lis cakap sayang boo?
ini yang lis cakap taley hidup tanpa boo?
pembongak ah semua tuh!
lis memang pembongak!

sampai hati lis pilih yusry..
sampai hati lis tetiber keluarkan kenyataan pasal niat korang nak nikah tahun depan?
sampainya hatimuuuu!

tak mengapalah..
boo harap lis bahagia bersama yusry si perampas itu..
orang berkata tak semestinya memiliki..
boo doa moga dia akan jaga lis..
kalau dia buat lis macam janda dia dulu siaplah dia!
menangis berlalu pergi
inilah nasib diriku yang malanggg ~ berlalu sambil menyanyi






p/s :: semoga berbahagia wahai lisa surihani. sobss. hancur hatiku mengenang dikauu ~

mencari sedikit ruang untuk bernafas..

blog bersawang!
mari cuci mencuci mop lantai tingkap semua..
ada yang cakap kat aku blog aku dah beranak pinak ular membiak..
hahahha maaf ye..
ada lagi ke yang dok tengok blog aku nih?
macam tak logik je bila aku fikir..
tapi tapelah..
dah ada yang samapi perasan blog ni bersawang ada ular tu maknanya ada lah yang tengok kan?
terima kasih daun keladi.. ;p

kepergian bukanlah merajuk sebab stat visit dah rendah..
bukan jugak sebab malas yang bertimpatimpa..
sebab kalau cakap malas memang tak bukak dah..
tapi ni bukak je tengok blog list..
haa even aku tak update blog tapi aku masih tengok blog korang..
so jangan risau lah tade orang baca blog korang..
aku tengok sorangsorang punye blog..

sebenarnya kepergian aku yang lg tepat menyepikan diri tu hanya untuk mengambil ruang untuk bernafas..
banyak yang berlaku untuk masa sekarang nih..
kucing pon dah 2 ekor mati dan bertambah lagi 2 ekor yang mana umur baru 4 hari..
rumah baru ni pon dah maken nampak rumahnya..
kalau tak dulu macam rumah pendatang asing dah..
ada meja lipat aja kahkahkah
sekarang pon kewangan agak terjejas tapi alhamdulillah masih ada yang memahami..
kerja pon tak sebab family tak bagi..
dorang cakap lepas raya baru kerja sebab nanti start kerja sekrang raya tak dapat cuti..
alasan boley terima kan? comel je alasan. ahahaah!
so sekarang berniaga dibazaar..
dapat lah siket duet poket..
alhamdulillah tercapai sudah niat untuk beli barang bilik guna duet sendiri..
walau cuma set katil, lemari, kipas baru and siketsiket laen aku masih bangga guna duet aku sendiri dan beli di ikea! hahahaha tak beli kat kedai tepi jalan. ;p

sekarang maybe tanam hasrat nak kejar semula pembaca blog..
dah banyak kali ni cakap tapi buatnya dak..
tapi kali ni serius..
nak aktif semula menaep blog..
harap masih ada yang memberi sokongan.. :)

saja nak tepek pic baru. hahahaha *muntah

p/s :: merindui kawan blog sebenarnya. memahami.. 

Thursday, June 16, 2011

Aziz Hazmi luah perasaan pada siDia bukan Hanis Zalikha

siapa Aziz Hazmi? 
haha okay ramai kenal..
first time nak review pasal orang nih..
sebelum ni tak pernah berminat kot..
tapi kali ni aku rasa nak review sesangat..


ni mamat Aziz Hazmi


dulu Aziz Hazmi ni orang semua macam kecoh pasal dia minat Hanis Zalikha..
Hanis Zalikha?
siapa yang tak kenal minah comel tuh memang lahhhhh *erhhhhh!
dulu pon aku pernah terfikir fuyohh bapak addict mamat ni kat HZ..
yela minah comel siapa yang tanak kan?
aku pon nak kalau boley dapat..
erkkkk


ni Hanis Zalikha yang super duper comel!


barubaru ni mamat nih dok buat video untuk melamar seseorang menjadi teman istimewa..
budak seni boley la bro..
aku belajar multimedia tapi aku tak minat part video production nih..
kalau boley nak jugak buat macam kau bro..
macam seronok plak tengok lamar awek dengan buat video..
hihihihih *gelak gedik

Video untuk siDia
serious bro,
aku tabik giloss kat kau..
berani luah apa kau rasa untuk orang yang kau minat..
tak ramai macam kau..
berani ambil risiko even jawapan dia kau dah tahu..
penghujung video tu kena langgar kereta..
and tu maknanya tiada jodoh dengan siDia..
rileks la..
mybe sekarang tade jodoh tapi one day siapa tahu kan?
so chill okay..
siDia komen dekat facebook?
wohooo mesti seronok kan bila orang yang kita tuju video tu tengok apa yang kita buat untuk dia..
eh nak bagitahu jujur siDia tu comel gila!
hihihihi selalu jugak pergi tengok blog dia..
bakal doktor yang comel..
please bukak klinik untuk siDia tu then dakni akan selalu datang..
haha! *blurpp tahan sakit kena tumbuk dengan bini sendiri


anyway bro, 
good luck untuk setiap yang kau buat..
ada jodoh, ada la nanti..
kalau tade jodoh, percaya akan ada seseorang terbaik untuk kau..
sama jugak untuk aku dan semua orang..
ah lagu JUDIKA- Bukan Dia Tapi Aku tu serious seronok..
dulu time putus cinta selalu layan..
tapi sekarang dah tak..

lagu yang sangat nice untuk org putus cinta

and this is my only one.. :)

p/s :: fikir macam mana nak lamar orang tersayang. haha!

Saturday, June 4, 2011

love love love..

hye guys..
sorry for lack of update..
busy and bila back from work teros mandi then tidur..
3am wakeup from sleep and call my only one..
for a day i just spend only 1 or 2 hour for her..
sorry sayang..
i do missyou..


kehidupan sekarang?
sangat sibuk dan sangat memenatkan..
bangun pagi around 8am pastu call my love kejap..
dapat dengar suara dia before pergi kerja sekejap pon jadi la..
time rehat atas motor call dia and kesian dia sbb kena dengar angin..
sebab tade masa pon untuk kami..
sepatotnya ikot dia pergi kelantan haritu kawan dia kawen..
tapi tak dapat ikot sebab kerja da start..
haritu hari belia kat putrajaya pon da cakap nak pergi sana..
dia pon cakap dia tunggu..
pujuk boss mintak cuti sehari aja tapi tak dapat sebab hari ahad.. 
tape la..
at least setiap hari ktorg kena hantar 1 gambar..
kalau terlepas 1 hari, kena tebus hantar 3, 4 sekali gus..
macammacam muka da gambar bg dia sampai tatau nak buat muka apa lagi..
kakakakaka


p/s :: u r the only one baby..

Wednesday, May 11, 2011

package percutian murah.

bosan..
aku bosan..
sangat bosan..

sekarang dalam mood nak pergi bercuti..
nak pergi release tension..
perlukan tempat yang sangat teman..
nak masa yang lebih bersama kawan dan sahabat..

dah berapa lama cari tempat percutian yang okay..
yang sesuai dengan kewangan..
tapi tak jumpa pulak..

ada sesiapa tahu memana yang ada tawarkan pakej percutian yang murah?
yelaa student kan..
mana nak banyak sangat duet pongg..
kekekee
mesti ada yang tahu bajet student macam mana kan..

nak tempat yang tenang..
ada laut..
boley lepak dengan kawan..
tanak yang tempat huha huha..

kalau ada sesiapa tahu bagi tahu ea.. :)

p/s :: sayang, awak je tau apa saya rasa sekarang..

Wednesday, May 4, 2011

korang tahu LOMO?

actually tatau sangat pasal LOMO..
ah maybe ada yang tau ada yang tatau..
yang tau aku rasa memang dorang minat bidang photography nih..
tapi bagi aku yanag tatau pape pasal camera, sejak masok kolej baru aku tau wujudnya camera nih..
sadis but tu lah yang sebenarnya..
sekarang banyak yang kejar camera dslr..
even budak sekolah pon dah boley dapat camera dslr tuh..
dan untuk aku walaupun aku minat gadjet tapi hobi tu terhad untuk phone aja..
camera macam kurang siket..
ade jugak rasa macam nak ke arah tuh tapi nanti la..
haha!

first aku pegang camera LOMO time nak pergi ambil gambar untuk hot air ballons..
rasa macam pegang camera mainan..
ringan, dengan color dia yang comelcomel colorfull tuh..
tatau nak cerita apa pasal LOMO tapi yang aku tau LOMO tak guna memory card macam dslr..
maybe sebab tu jugak tak ramai nak amek tahu pasal LOMO..
yela leceh kan nak pergi kedai tok cuci picture dia..
dah tu bukan semua kedai cuci gambar ada buat service untuk LOMO..
camera ni tade la mahal sangat..
ade je yang aku tengok harga rm2oo or rm3oo..
dan yang aku tahu pasal LOMO adalah kita tak perlu pon edit picture yang kita amek sebab hasil gambar dah memang cantik..
macam baru keluar photoshop..
tu kelebihan LOMO selain dari harga murah, comel dan menarik perhatian..

yang aku tahu kat KL ni ada jugak kedai dia kat Central Market..
haritu aku pergi dengan kawan aku..
mau serabot jiwa aku nak amek sebijik dua..
dalam bank ada duit.. 
so hati tak tenang la..
merata kedai tu aku pusing..
wuu wuuu boley gila aku kalau masok kedai LOMO..
and sepatutnya dalam kedai tuh taley amek pic..
tapi aku maen amek aja..
ade aku dulik..
yela kat Central Market kan semua kedai ade tulis "dilarang mengambil gambar"
aku rasa itu untuk pelancong je kot?
lantak la kan? berani marah la! haha

citerciter nak rempat la nanti..
sekarang tak boley sebab banyak menda nak guna duet nih..
so tahan dulu la..
ada jodoh jumpa la kite ye LOMO..
ni siket picture LOMO..
tapi ni amek kat internet aja..
yang ada dalam phone aku malaih aih nak transfer masok dalam lappy..
tapi kebanyakkan camera yang aku letak ni semua ada lam phone aku..
buat koleksi jap..
haha!
byeeeee~


nice kann..

nanti gambar tu jadi 4 sebab ade 4 lens..

herrrrrrr

comel ja dia punya atas tuh..

color pink. erhhhh

ni haritu kat kedai paling menarik perhatian..

weh comel! haha

ololo. kekekekekee

yang ni pulak hasil gambar dari LOMO tanpa edit..

:)

ni yang banyak lens..

adore gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

cukup la tu aku rasa..
kalau nak lebey pi cari kat google..
bertimbun gilaaa pasal LOMO..
ni website LOMO. click here..
okayy end.. :)

p/s :: gila semua. haha

Tuesday, May 3, 2011

baby.. :)))


i love you..
this i promise you..
please dear..
make our ship works and i will make our ship is the best for you..
do trust me..
only you and i will be yours forever..
as you want.. 
b sayang baby.. <3


p/s :: maaf jiwang.. ;p

introduce our new baby.. :))

currently watching hikayat merong mahawangsa HD at astro first..
aaaa bored..
dari semalam am watching the same stories..
kakak ah ni suke stephen rahman..
hero cerita tuh..
dah tengok kat wayang, tapi beli lagi kat astro first..
ahh semalam beli dilarang masok..
sorry but cerita tu langsong tade bintang aku nak bagi..
rugi gila and sangat bosan cerita tuh..
well, bukan tak sokong cerita seram melayu..
but jangan pandang belakang still the best for me..
even santau pon menarik perhatian aku untuk tengok..
tapi cubaan yang menarik..


okay guys..
introduce Mea Sarra Amanda..
actually dalam facebook dah naek nama budak kecit nih..
dah dekat sebulan pon dia lahir..
just dalam blog je tade kesempatan nak keluar muka dia..
*sebenarnye tatau how to update blog using my bb. haha pity me aite..
lahir on o5/o4/2o11 and time 2345. haha 11.45pm la..
macam ade konspirasi siket time die nak keluar..
4cm baru dah kena tolak masok labour room?
huhuhuhu..
then dorang gunting siket dalam 4.3cm macam tu dah keluar kepala..
semua nurse terkejut..
but kuasa tuhan kan..
alhamdulillah selamat dalam masa tak sampai setengah jam..


this is our Mea Sarra Amanda..


dah 3hari.. :)


pic ni dalam lappy dah elok masok sini jd mcmni pulak.
sengetkan la kepala korang ea. haha! geram doh kaki diaaaa

zzzzz~~

well, tengok tangan lukaluka. haha! eh tu sebab kucing.. :)

p/s :: do loveyou mea..


Thursday, April 28, 2011

Hirtik Roshan Malaysia?

panas gila kan sekarang nih?
bila petang je rase macam tak sanggup nak keluar rumah..
bukak je pintu fuhhhh terik tak tahan..
pastu nanti hujann..
alhamdulillah la malaysia macam nih..
rakyat macam aku je tak reti syukur duduk kat bumi bertuah nih..
kekekeke


eh sekarang tengah tengok tv3..
cerita marimar..
kenapa tah aku boley tengok cerita nih..
kakak aku punye pasal la nih..


tadi tengah iklan..
aku tatau la kenape..
tetibe kakak aku tanye 
kakak : "dek, ape name mamat hirtik roshan malaysia tuh?"
aku : "aaaaa? sape je?"
kakak : "alaaaa yg tu laaaaa"
aku : "yg tu la ape? eii tah la tatau!"
kakak : "alaa yg berlakon citer pisau cukur tuh"
aku : "takan aaron aziz? ke yg pakai gigi besi?"
kakak : "tak la. yg sugar daddy tuh"
aku : "tatau aih aku"
kakak : "cari lah! google pelakon pisau cikur"
aku : caricari thenn..


korang tau tak siapa? 
hauhuahauha macam nak mati aku gelak..
sumpah aku tengok tade rupa pon macam hirtik roshan?
kahkahhh!
overrr gila kakak aku nihhh..


ni haaaa hirtik roshan malaysia katanya..


google

hirtik roshan malaysia dgn awek aku. hihihih

macam hirtik roshan ke?

p/s :: baby loveyou.. :))

Saturday, April 23, 2011

nak mintak tolong..

tatau nak update ape..
tolong bagi idea please.. 

Friday, April 22, 2011

saya seorang bekas pelajar..

actually menda ni dah lepas lebih seminggu..
yaaa finally am done with my diploma..
setelah 3tahun mengharungi..
12 april haritu tarikh keramat untuk presentation final untuk seorang student kolej dakni..
esok nak present baru mlm ni dakni sebok buat slide..
haih la amie..
dah 3tahun masih tak berubah..
tak sabar nak tunggu grad!


kul 7am kelam kabot mandi semua terus pi kolej..
sampaisampai terus present..
cungap aku.hahahaha


alhamdulillah lect berpuas hati dengan kerja aku sepanjang masa practikal..
3 bulan practikal kat telekom malaysia sangat membawa seribu kenangan..
pergi meeting sana sini..
buat itu buat ini..
kena marah dengan customer..


untuk ape yg aku boley say about practical training was 
am hundred percent agree that the industrial training program have achieve its entire primary objective.
pracktikal jugak bg aku the best way to prepare student in facing the real working life.
yela kalau tade practikal student tade experience untuk bekerja..
face alam kerja bukan senang..
dok kat kolej kerja apa semua tak siap kene marah je..
tatau boley ask lect..
ni kat tempat kerja nak tanye sape..
takan nak tanye manager?
hauhauhauha mati kena maki..


then aku habes practikal bulan 4..
lahir pulak anak buah pertama aku..
mea sarra amanda..
hihihihi aku la yang palieng over kan..
yela nak adek, aku la adek..
tup tup ade pulak baby dalam rumah..
mau tak aku yang meloncat..
nanti aku upload picture die ea..
si comel..
harini dah 3minggu da usia dia..
alaaa..
cepat besar ye mea..


next entri saye letak pic dia banyak banyak..
bye!


p/s :: baby, iloveyou..

Sunday, April 17, 2011

finally..

saye minta maaf blog..
dah lama abai kamu..
bukan sengaja tapi sebab kamu ade malware..
malas nak update sebab tade orang boley masok..
dah cuba buang tapi tak boley..
tapi sekarang rasanya dah okay..
saye bukak pon dah tade pape malware warning..
lepas ni saye janji selalu update ea?
saye da happy sekarang..
ade dia yang teman harihari saye..
ade si kecil juga yang warnai harihari saye..
sekarang baru semangat nak jalanjalan kat blog orang..
hihihih seronok!


p/s:: saye merindui kesayangan.. :)

Saturday, March 26, 2011

ye kami bukan tuhan!

guys..
kalau tak suka kucing atau binatang tak perlu tunjuk sangat boleh?
kau nak makimaki kutuk orang yang sayang binatang apahal?
orang buat baik sukahati lah kan?
yang kau sebok nak amek tahu kenapa?
orang siar iklan cats for adopt apa bagai yang korang nak mengamuk pahal?
dorang ada paksa korang ambil ke binatang comel tuh?
binatang comel tu ada pijak korang ka yang korang nak pijuk dia?
binatang comel tu ada maki korang ka yang korang nak maki hina dorang?
siap nak pukul dengan payung dengan kasut apa bagai kenapa?
korang dah tadak akal fikiran?
kenapa bodoh sangat?
lahir ada hati perasaan tapi bila dengan binatang buat perangai macam haram!
kau tu kalau kena pukul, maki caci dengan awek/balak terus nangis!
cuba bayang apa pulak kucing tu rasa?
dasar manusia bodoh la korang nih!
aku bukan cakap untuk binatang bernama kucing aja..
aku bercakap untuk semua binatang yang ada..


camner korang boleh sampai hati pukul binatang?
tak rasa macam alahai comelnya si kecit nih..
lagilagi yang datang mintak makan kat kedai pasar apa bagai tuh..
semua mintak sambil buat muka manja..
tapi korang boleh pulak belasah dia..
ada yang sampai mati pulak tuh..
meh aku pijak pukul belasah korang macam tuh nak?
ada otak fikir la..
bukan susah nak buat baik..


kalau tanak buat baik pon tape!
tapi tak payah kutuk maki orang yang berbuat baik dengan binatang!
aku terasa jugak faham!
kau sorang bodoh jangan ajak orang laen jadi bodoh jugak..


orang yang membantu binatang bukan nak tunjuk bagus!
orang yang membantu binatang bukan nak tunjuk baik!
bukan nak tunjuk diri tuh tuhan!
tergamam baca ayat kau cakap orang macam KAMI ni nak tunjuk diri kami ni tuhan..
tapi sebab kami ada hati perasaan..
kesian tengok binatang kelaparan..
kesian tengok binatang kesakitan..
kau apa tahu bila kau tade hati perasaan?
bila kau tak pernah cuba untuk sayang binatang?
binatang kurap yang kami bawak pulang ke rumah untuk kami sembuhkan..
dorang akan jadi si comel yang cantik!
kalau kau geli tak payah kutuk!
tak payah tengok pon!
dia pon takkan tengok kau bila kat syurga nanti!


p/s :: kau yang buat binatang mcm bukan makhluk DIA adalah manusia yang perangai lebih teruk dari binatang! ye aku marah dan emosi! kalau kau aku jumpa, aku pukul kau dengan payung orang niaga yang besar tuh!

kalau korang rasa boley settlekan masalah aku, tolong please?

okay guys..
kali ni aku serious..
kenapa blog aku still ada malware warning sedangkan aku dah buang link tuh?
kenapa masih ada malware warning tu sedangkan aku dah buang list blog yang ada sangkut paut dengan virus malware tuh?
sakit hati aku lah!
bye!

Sunday, March 13, 2011

pendapat aku tentang tsunami

dah tiga hari berlaku tsunami kat jepun..
ramai gila yang update dan aku rasa hampir keseluruhan blog list aku update pasal menda yang sama..
picture tsunami di jepun..
video tsunami di jepun..
berita terbaru tsunami di jepun..
banyak lagi la..
dan ada jugak yang update macam tsunami di jepun, ultraman melarikan diri..
tsunami di jepun, doraemon lari melalui pintu masa..
blablabla and others shit things..


aku senyapkan diri ja bila tengok berita pasal jepun..
nak update pon macam ramai gila yang update pasal menda yang sama..
herrr bored but aku still jugak pergi baca satu satu..
yela sebab laen orang laen berita laen fikiran laen pendapat..
so setiap tajuk yang sama akan dapat banyak ilmu..
muntah darah 


tapi bila ada yang mula membuat cerita pasal teknologi di jepun mampu menaikkan semula ekonomi mereka..
bila ada yang buat cerita pasal ultraman, batman, doraemon and laen lagi..
aku mula la nak cakap ketidak puas hatian aku nih..


korang semua ni tatau la nak tegur macam mana..
masing masing ada otak ada hati..
tapi kenapa la cakap macam tu..
cerita fantasi tu semua kan hanya rekaan..
bodoh sangat sampai jadi bencana macam ni nak jugak cakap menda tu asal?
pasal teknologi negara dorang tuh korang nak cakap..
ni semua bukan pasal ekonomi..
ni semua bukan jugak pasal teknologi mana canggih mana bijak mana pandai..
kalau bencana yang berlaku buat teknologi dorang je musnah tadak hal la..
tapi ni semua kan melibatkan nyawa..
tak perlu korang nak keluarkan ayat yang mungkin dapat menunjukkan kita ni tadek hati dan perasaan..
cuba korang duduk kat tempat dorang sana..
lepas tu baca apa yang korang cakapkan..
apa korang rasa?


syukur la kita ni duduk kat malaysia..
duduk tengah tengah lingkaran sebab tu selamat..
kalau korang kat sana aku rasa tak sempat nak fikir ultraman semua tuh..
maybe korang semua memaen atau bergurau..
tapi aku rasa salah masa kot..
dorang tengah mengalami masa yang teruk kat sana..
hormat and doakan mereka..
bukan update blog and talk about all the shit things..
dulu time bebudak korang jugak duduk depan tv and tengok cerita dorang..
bila jadi macam ni siap nak perli pahal..
macam kacang lupakan kulet..
herr


aku bukan nak kondem atau cakap pape yang tak senonoh..
tapi fikir la balik..
tak kesah langsong korang update pasal tsunami gempa bumi tuh..
aku jugak membaca semua nya..
tapi tayah untuk yang ultraman doraemon shin chan blablabla..
maaf kalau ada tersalah terkasar bahasa..
ni pendapat aku da tade kena mengena dengan hidup atau mati..
kalau korang pernah update post mcm ni, maaf sepuluh jari aku susun..
peace..


p/s :: selagi kita tak rasa, kita akan cakap tanpa berfikir..

Saturday, March 12, 2011

sadis tengok statistik blog saya..

rugi lah dah lama tak update..
even nuff punya statistik ada lagi yang datang melawat ke blog nih..
tapi dah jatuh menurun tangga dari tingkat 5o ke tingkat 2o..
sadis betol tengok kejatuhan begitu..
nak kumpul pengkomen seperti sebelumnye pon tadek dah..
kerja keras la lepas ni nak kumpul komen macam dulu..
tula pemalas lagi kau ni amie!


p/s :: kena blogwalking dengan lebih gigih! haha

kenapa aku tunggu bulan empat?

dah berapa lama tak bukak blog?
tiap hari nak bukak tapi asyik keluar malware warning..
then tekan pangkah teros..
harini keraskan hati bukak jugak even dapat warning tuh..
tengok korang dapat je bukak blog dakni?
ah biar lah nak ada virus ke apa ke..


rasa macam lost gila sekarang nih..
macam hilang semua menda, dan hilang semua orang dalam masa yang sama..
padahal aku tak hilang sesapa pon..
aku je yang rasa sampai macam ni sekali..
rasa macam tade sesapa dengan aku..


aku rasa macam ni sekarang!


terfikir nak pergi bercuti..
ye aku nak pergi bercuti..
maybe dalam bulan empat..
kalau ade kawan nak follow ok la..
aku pergi sesorang aja kalau tade..
tatau nak pergi mana..
tapi aku nak laut..
tanak tempat yang semak sangat..
tetiba rindu pergi pangkor dengan kawan kawan ipoh..
korangg aku rindu masa tuh..
korang faham tak apa aku rase sekarang?
aku nak korang ada dengan aku sekarang nih..
sebab korang je boleh buat aku lupa segalanya..


perlukan tempat yang mana aku boley buat macam ni sesorang 

atau

macam ni dengan korang semua

dan

macamni.. :(

lepas ni tatau nak buat apa..
ada dapat offer kerja tapi macam tanak pulak..
even one company tu cakap,,
"kalau time tu tade kerja kosong pon kami akan create kerja untuk awak"
wahh seronok aku dengar..
tapii tah la..
ade sesiapa nak offer kerja lagi tak?
buat masa ni offer gaji paling rendah starting 2k dari one company tuh..
hauhauhauah amie amie..
jangan tamak nanti rugi..


untuk awak..
saye tatau nak buat ape dah dengan ship kite..
baru 2 weeks kot kite nih..
tapi tah la..
biar lah.. <3
i sayang you okay..


tak sabar nak tunggu bulan empat..
bulan empat habes practical..
bulan empat bulan due kakak melahirkan si kecit..
bulan empat plan nak pergi bercuti..
mengharapkan bulan empat menyempurnakan bulan sebelumnya..
mengharapkan bulan empat permulaan untuk aku berubah..


p/s :: aku hanya ingin kau tahu besar nya cinta ku tingginya khayal ku bersamamu..

Monday, February 21, 2011

hari ini berkampung di hospital!

harini hari isnin..
tak pergi office sebab malas..
eh sebab kena pergi hospital..
bukan melawat orang sakit tapi saja nak melawat hospital..
eh tak tak..
sebab nak cek sakit lah!


sepatutnya hari jumaat haritu kena pergi cek sebab ada lah..
tapi harini pergi sebab lain..
mulamula sampai jam 9am macam tu..
then daftar la kat pesakit luar..
dapat masuk bilik dekat B..
mum cakap B macam berat sikit la dari A..
dah masuk tuh cek cek cek la..
bermulalah segala..
blablabla cerita kan..
then kena baring..
shit ape lg nih!
sebab haritu dah kena cucuk dekat punggung..
lepas tu dia memasukkan something..
perghhhhh tersentak den! hahahahhhahaaha!
gila babeng rasa nak gelak,nak lari semua ada!
lepas tu dia cakap..
ni kena ambil darah nih..


dakni pon pergi lah ambil darah..
ni lagi klaka haram..
dakni berdiri aja depan pintu..
lepas tu doc tu cakap,
"dek sini la.tunggu apa lagi kat situ"?
dakni dah mengigil gila dah sebab okay dakni penakut kena cucuk okay!
dah duduk depan doc tu kan..
doc tu cakap "siket je sikettttt je.kuat tau kuat!"
dakni pon buat muka toyaaaaaaaaaa aja..
dah kena cucuk ambil darah tu doc cakap "okay dah.takut sangat"..
haha! bukan takut la.tak berani aja.. ;p


lepas tu masuk balek bilik rawat..
blablabla doc tu cakap baring lg skali..
dakni dah melalut pk apa lagi ni wehhhhhhh!
lepas tu dia angkat baju tekantekan perot..
dalam kepala fikir ????????
lepas tu dah doc cakap,awak kena ambil darah..
dakni pon pergi lah ambil darah..
risau tengok air sendiri kaler kunen padahal semua warna kunen..haha!


dah dpt result pergi semula masuk bilik rawat td..
doc tu blablabla membebel apa tah kat tempat dia..
yang dapat tangkap " 8/5 awak datang lg jumpa sy"..
pergi ambil ubat yang banyakkkkk gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
lepas tu dah boley pulang..
pulang jam 4.3opm..
seharian "berkerja" di hospital..


p/s :: macam mana nak makan ubat yang banyak nih.. :(

Sunday, February 20, 2011

have nothing to say..

have nothing to say..
what am done today was hurts me bad..
alone here without you..
:(

apa rasa bila ada anak buah?

selamat hari ahad!


topik atas tu saja nak tanya korang..
apa rasa ada anak buah?
mesti seronok kan?


alahhhhh comel gila!


dakni tak sabar anak kakak nak keluar..
bulan empat nanti insyallah..
lambat nye rasa..
tapi sabarlah amie!


tak sabar nak cium pipi bayi..
wangiii..
mesti lepas ni balik kerja aja dia yang hadap dulu..
folder picture dalam fon pon penuh dengan picture dia..
update blog pon mesti dengan cerita dia..
picture semua letak picture dia..
arhh tak sabar!


geget hidung dia! grrr


tak sabar nak beli baju dia..
mainan dia..
nak bawak dia merempit..
nak geget tangan dia yang comel..
dukung dia tanak lepas..


first baby dalam family ni..
mesti lah over kan..
lagilagi dakni anak last..
wah nak dapat adik!
kononnnnn..haha!


tiap kali kakak baring kat depan..
dakni yang dok tenung perot dia..
nak tengok baby bergerak..
pegang perot dia nak rasa baby tendangtendang..
hihihihi seronok!


hikhikkk *eksaited*


baby..
nanti keluar dengan senang ye?
jangan sakitkan mummy baby..
harap baby keluar dengan sempurna..
keluar untuk jadi penyeri keluarga ni..
hadir membawa kebahagiaan yang tak terhingga..
mengangkat nama keluarga..


p/s :: moga semua selamat hendaknya.. :) tak sabar!

terkena buatan orang?

2o/o2/2o11..
jam 1.1oam..
masih menghadap lappy..
tatau nak buat apa..
bosan sampai nak membuang air..
kucing semua dah tidur..
si kecit pon dah menangis mengigau..
bukak tv pon tak pasang suara dah sebab dah lewat..


tadi teman mum pergi amek barang kat hentian duta..
dia ambil sarang burung dia dari johor..
tiap minggu 2 kotak besar dia ambil.
alhamdulillah ramai yang suka dengan jualan mum..
tapi ada jugak yang benci melihat kejayaan orang lain..
mum tengah sakit sekarang dan orang cakap mum kena orang buat..


dah dua kali mum kena macam nih..
kali pertama orang melayu buat..
yang kedua ni tatau siapa buat sebab makcik yang tengokkan dulu cakap tak nampak lagi..
kali ni punya kuat dia cakpa..


kenapa ea mesti ada manusia macam nih?
padahal melayu jugak..
melayu ni memang taley tengok orang berjaya ea?
ada je nak buat bagi orang jatuh..
tak la cakap semua melayu..
tapi memang kebanyakan macam tu kan?


mum takut nak bgtau kami siapa yang buat..
sebab takut kami pergi serang..
tapi betol lah jugak..
kalau dakni tahu memang pergi serang..
rasa macam tadek life ke nak tutup periuk nasi orang?
mak aku bersusah payah jugak nak maju..
tetibe dah maju kau nak buat macam ni pulak..
macam la mak aku maju tutup periuk nasi kau..


yela kekadang kita yang muda tak reti nak kawal baran..
so bila dapat tahu mak sendiri kena macam mana nak tahan kan..
kalau tak teruk boleh la nak sorok..
kalau teruk memang dakni cari sampai lubang cacing even tak muat..


kali ni punya makcik yang mengubat cakap dari indon..
tahu tak korang yang dari sana adalah kuat?
makcik tu sendiri cakap kali punya kuat..
sampai makcik tu cakap time nak datang rumah,dia hampir nak pengsan..
mybe sebab menda tuh tak bagi datang mengubat..
tapi orang ,acam tu lagi di tahan lagi dia nak datang..
lepas berapa lama mum sakit alhamdulillah makcik tu dapat tahu dari mana sakit tuh..
patut pergi hospital doc cakap tade pape..
rupanya ada yang datang..


seronok ke nak guna bendabenda tu untuk jatuhkan orang lain?
seronok dapat tengok orang sakit?
seronok dapat tengo orang tak berjaya?
puas sangat ke hati tuh??
ada yang berpengalaman buat orang tak? mengarut



tolong doakan my mum cepat baik sebba tak sanggup tengok dia nangis memlm sebab sakit..
doakan orang yang melakukan dapat balasan yang tak terhingga..
doakan tiada yang akan berlaku lagi lepas ni..
amin..


p/s ::: manusia kalau dah tak reti bersyukur akan terus terusan dengki kepada orang lain..

Tuesday, February 15, 2011

apa kena kau ni?

hye kawankawan mari baca qurann..
kekekkeke..
salamsalam semua kawankawan..


BOSAN..
ye itu adalah katakata untuk masa sekarang ye..
dengan fon dah tak berbunyi *sbb buat silent*
eh taktak..
sebab dah tak ada siapa nak mesej saya *tipu*
tapi betol lah!


yelaaa..
sekarang siapa je nak ambil tahu pasal dakni..
ada mesej dengan si gedik tapi tapi tapi..
asik bergaduhhh aja macam kucen dengan tikus..
ah tape la asalkan mesejjj *bluwerkk*
tapi selaen si gedik?
tadak dah yang nak mesej..
huuuu sadis kesian..


hurmm..
jiwa kacau tapi malas layan..
ye semua orang suroh amie kuat amie kuat sambil jd pompom guys..
nampak tak dakni tengah kuatkan diri ni?heeee
lamalama fikir,,
amieee..let it be la..
semuanya bukan dalam kawalan kau..
tengok lah dia selesa dengan siapa buat masa nih..
kalau kau macam ni lagi dia rimas..
so bagi dia masa..
pastu amie jawap,,
memang nak bagi dia masa..
tapi kalau dalam bagi dia masa tu dia dah ada orang lain?
pastu roh jawap,,
semuanya ketentuan tuhan..
gagagagaga *senyap*


so dengan ini saya membuat keputusan untuk kuat!
byebye lemah!
tapi ambil masa la kan..
hehehehhe
mana boleh mendadak macam tu aja nak jadi kuat..
nak pergi gym lagi angkat berat semua..
baru ley kuat.. ;p


saya saya say tatau nak post apa..
sekarang kan tengah jiwa kacau so dah lah amie!
kang semua orang tanak masuk blog kau sebab emo kau!
okay bye!


p/s :: hehehehhee

Saturday, February 12, 2011

dia yang bernama cinta,,

saya sayang awak sampai hari ni dan masih sayang lagi untuk esok dan seterusnya..
saya cuba berfikiran positive..
saya nak berbaik dengan awak..
saya nak faham awak semula..
saya perlukan peluang aje..
saya rindu awak sangat..
saya nak kita macam dulu kita kenal..
saya tanak sape lagi..
saya nak awak je..
tolong cuba..

Wednesday, February 9, 2011

budak sekolah dotdotdot???

tajuk mesti mengundang tetamu datang melawat..
siapa yang mahu melihat apa yang berkaitan dengan tajuk di atas?
cepat cepat!


scroll scroll
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...
tak sabar la tuh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.

.
.
okay tadak sebenarnya..

actually nak cakap pasal tajuk di atas..
haritu kan dakni ada la bukak nuff statistik..
nak usha ape topik orang link ke blog ni kan..
hah dapat yang itu la atas tuh!

klik untuk pembesaran
tanak tunjuk statistik bape sebab shaye shegan tak banyak visitor

maybe ade yang tak nampak or kabur..
meh nak gtau..
most of the topic adalahhhh.................
  • Budak sekolah
  • budak sekolah ber*men
  • awek sekolah
  • budak sekolah raba
  • budak sekolah berani
  • budak sekolah perempuan merokok
  • budak sekolah seksi
  • seberani budak sekolah
  • budak sekolah merokok

tengokkk semua budak sekolah..
ingat blog aku ni jual budak sekolah ke apa?ni baru tengok yang minggu nih..
rasa nak gelak pon ada..
amboii pakcik makcik abang adek kakak semua..
apa ke menda lah korang search kan..
tade kerja laen ke korang nak buat selaen tengok mendamenda tuh?
pergi la cuci pagar rumah ke, potong rumput dengan gunting ke..
ni ada masa aja cari mendamenda macam tu kan?
mesti korang frust gila caricari jumpa blog aku..
hahaha

p/s :: insaf insaf la sape yang dok cari maklumat terkini tak berguna.. ;p