Thursday, November 24, 2011

tuhan tu adilkah?

dah lama tak update? yeah memang!
berapa bulan entah..
makin lama makin pemalas!

pernah tak dalam hidup korang cemburu tengok orang laen?
tengok orang laen berjaya..
aku sangat sedang mengalami lah menda alah nih..
tiap hari aku boleh down bila fikir pasal hidup aku..
sampai bila nak jadi macam ni wei?
kerja langsung tak dapat tolong mak bapak..
nak tolong siket pon tadek..
gaji cukup makan..
wei macam mana orang yang dapat kerja gaji banyak boleh berhenti?
bodoh betol korang kan?

rasa macam dah penat..
penat cari kerja..
masa, duet semua habes untuk cari kerja..
kerja aku isnin sampai jumaat..
lepastu balek kerja malam terus bukak email, bukak jobstreet apa semua..
sabtu ahad pergi keluar cari kerja pulak..

bukan tak bersyukur tapi sampai bila nak kerja dengan gaji macamni?
orang cakap sabar lah..
tapi bercakap memang senang kan?
yang mengalami ni yang dok tanggung..

tahu aku benci tengok kengkawan dapat kerja kukuh?
tahu macam mana perasaan nak beli kereta?
nak tanggung tolong mak ayah?
tahu macam mana perasaan nak simpan setiap bulan dalam bsn?
tahu macam mana rasa tiap bulan sekali dua nak enjoy dengan kawan?
tahu tak apa lagi perasaan yang mana korang akan rasa sangat down bila fikir?!

orang cakap setiap makhluk ada rezeki yang tertulis..
ya allah kekadang aku tahu aku melampau..
terfikir mana rezeki untuk aku kalau tuhan tu maha adil untuk semua?
mengucap panjang bila syaitan iblis mula masuk dalam hati..

kenapa semua kerja sekarang lagi senang dapat bila ada orang dalam?
kalau macamtu yang tade orang dalam abes mati kutu la?
orang cakap rakyat malasyia pemalas tapi kalau ada orang macam aku macam mana?
duet berhabes untuk pergi cari kerja saja!

arghhhhhhhhhhh tensionnyaaaa!


p/s :: ya allah, andai rezeki itu ada di atas langit, turunkan lah kepada aku. andai rezeki itu ada di bawah bumi, kau keluarkan lah kepadaku. andai jauh rezeki itu dariku, kau dekatkan lah dan andai rezeki itu ada dihadapanku, kau berilah aku petunjuk agar aku nampak jalannya.. 


No comments: