pagi tadi pulang ke kampung halaman..
nak hantar barang untuk raya kat rumah and mama nak tengok potensi burung layanglayang kat sana..
uhhh banyak gila burung layanglayang kat sana bila try panggil..
dalam jam 11 sampai lenggeng dah..
nak naek ke hutan lipur tu nampak ada kereta polis dan orang naek motor siket duk tepi jalan..
ingatkan ada apa..
roadblock celah bukit mana polis nak buat nih..
rupanya ada lori trelar *spelling betol dak?
trelar tuh dah terbalek masuk gaung..
bawak baja ikan kalau tak silap..
dalam dok kecoh tu dengar orang MELAYU ckp boleh amek baja ni buat jual..
hello pakcik, kau tu dah la melayu..
bulan mulai bulan ramadhan pulak tuh..
boleh tolong hormat siket tak?
dari informasi lori tu dah terbalek dari atas bukit lagi..
so lori tu masok gaung dalam keadaan berbaring lah..
habes hancur jugak kepala lori tuh..
tapi alhamdulillah pemandu masih selamat dan dikejarkan ke hospital..
polis yang ada masa kami sampai tu la bawak ke hospital..
dan masa tu dengar lagi sorang MELAYU cakap mati tak?
pakcik, cuba pertanyaan tu berbunyi pemandu selamat?
ni tak. harus ke perkataan mati tuh?
kalau keluarga si mangsa kat situ ape ke dia rasa?
dekat belok hutan lipur ni memang selalu terjadinya kemalangan..
ramai yang cakap ada yang menunggu..
keluarga kami pon ada yang pernah mengalami tapi alhamdulillah tiada apa berlaku..
moga semua selamat..
sempat ambil satu gambor je..
maaf sebab membesarkan huruf melayu kat dalam entry nih..
bukan nak kondem tapi kita kan melayu..
mendoakan seseorang itu selamat adalah lebih baik dan menjadi seorang yang tidak panjang tangan adalah sangat digalakkan..
tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati untuk pembesaran ejaan.. :)
p/s :: memandulah dengan selamat. ingat insan tersayang. tapi kalau benda nak jadi, bawak 2okm/h pon jadi juga..