Friday, November 25, 2011

budak sekolah, budak gedik, budak budak budak!

korang semua yang terasa!
cececeyy banyak tak agak yang terasa?;p

actually untuk manusia yang bajet comel gedik macam ape je aku rasa..
bahasa melayu kat sekolah dapat berapa?
9G ke?
ke tak habes sekolah?
ke tak pernah sekolah?

macam ni.. :)
sangat = SANAD
adik = ARDEK
kita = ITEW
berubah = BUBA
sihat = SEAT
ada = ADEA
pening = PHEWNING
and and and so on..

tolonglah! bahasa melayu mudah difahami kot..
tapi bila baca ayat kau, semua jadi berkerut kening..

p/s :: ape lah nak JAWDIWWWWW. hahahahahahharammmm! =="

Thursday, November 24, 2011

papa, ayah, daddy, bapa?

semua orang hargai ibu..
sampai hari ibu diwarwarkan sangat..
tapi hari bapa?
ada yang buat tatau..
pengorbanan ibu mengandungkan kita dan melahirkan kita memang takan dapat balas sampai hujung nyawa..
tapi pengorbanan ayah?

ayah, bapa, papa, daddy, baba, or apa saja panggilan untuk seorang lelaki yang mempunyai anak..
apa saja dalam dunia ni yang mereka takan korbankan untuk kita?
kalau dorang ada sebutir bintang pon dan kita mintak, mereka sanggup bagi..
untuk melihat kita tersenyum gembira..

bagi dakni ayah tu umpama bintang..
sanggup teman bulan pada malam hari macamana sanggup teman ibu seumur hidup..
sanggup mengorbankan kecantikan cahaya dia pada siang hari untuk memberi laluan pada matahari macamana sanggup berkorban untuk anakanak..
kalau difikirkan mereka adalah seorang manusia yang sangat kuat daripada ultraman, bijak dari detektive conan dan lebih sempurna dari doraemon..

mereka adalah seorang yang sempurna......
membawa ibu pergi ke klinik untuk membuat checkup kita dalam kandungan..
pulang dari kerja walau baru 1ominit sampai office sematamata kerana dapat call kita nak lahir..
membeli pakaian kita semasa bayi..
menyambut kita semasa pertama kali keluar menghadap dunia..
tidur dikerusi menunggu kerana lelaki tak dibenarkan masuk ke wad ibu pada waktu malam..
membawa kereta perlahan yang boleh ketika lalu dilopak air kerana takut kita terjaga dalam pangkuan ibu..
sanggup berjaga malam membantu ibu menjaga kita walau esok awal pagi berkerja..
tak cukup tidur kerja siang malam untuk bagi kita selesa..

bila kita mula kesekolah..
sanggup bangun awal untuk hantar kita kesekolah..
sanggup balik tengahari untuk ambil kita pulang sekolah..
sanggup belikan telefon mahal walau dia tak mengunakan pon telefon bimbit..
sanggup belikan kasut sukan bola yang beratus sedangkan dia masih memakai stokin lama..
pulang kerja bawak kita ke giant untuk membeli baju sukan warna putih..
bagi kita makan apa yang dia beli sebab kita yeye cakap nak yang papa makan!
belikan motor baru untuk kesekolah sebab kita nampak kawan naik motor baru walau dia masih naik motor yang dia beli masa kita belum lahir..
bayar saman yang kita tunjuk sebab pergi sekolah tade lesen bawak motor..

bila kita mula meningkat dewasa..
mama cakap jangan keluar lepas habis jam 1pm waktu sekolah tapi papa yang cakap pergi lah cuba belajar tentang dunia..
mama ragu tentang kita tapi papa percaya kita, papa nak kita jatuh dan bangun..
papa bagi telefon baru sebab nak kita selamat dan tahu tentang kita..
mama cakap nanti kita ada pakwa makwa..
mama cakap nanti dapat lesen sampai kelangit ketujuh pergi..
papa cakap nanti dapat lesen boleh tolong bawak mama pergi pasar..

banyak lagi kalau nak di ikotkan pasal papa..
tapi kenapa ramai tak sedar..
kat office pernah sekali ada yang cakap,
dapat adek tak guna, kaka tak guna dan ayah tak guna..
hurm maybe saya bernasib baek dapat ayah yang sangat berguna..

tak kesah lah..
papa mama duadua berharga..
tak dapat bayang tak ada salah seorang dari mereka.. :)

p/s :: sempurnanya kita kerna kedua orang tua, adanya kita kerna kedua orang tua, redhanya allah kepada kita dengan redhanya kedua orang tua..

memperkenalkan!

awal bulan haritu pergi ambil kucing yang beli dari sorang kakak kat sri kembangan..
jumpa kat mudah.com kot..
lupa dah ;p

kakak tu bagi nama dia kelly so mama cakap bg nama dia oliey..
tapi dakni paggel lyly..
dah macam nama dah haha!

taraaa. mata cari apa ada utk dimainkan

uhh apa kat atas tuh?

ala dah hilang

kerjakan beg tuan la. yeah yeahh koyakk!

ala tuan tak layan. cakkk! main lah dengan saya!

bosannya dapat tuan macamni :(

buatbuat tidur kena layan tak?

tuan, look at mee!

tak di layan pon :(


ketepi lah. apa tengok tengok ni? ajak main tak mahu!

finally. krohhhh~~~~

p/s :: tiap hari makin nakal..








tuhan tu adilkah?

dah lama tak update? yeah memang!
berapa bulan entah..
makin lama makin pemalas!

pernah tak dalam hidup korang cemburu tengok orang laen?
tengok orang laen berjaya..
aku sangat sedang mengalami lah menda alah nih..
tiap hari aku boleh down bila fikir pasal hidup aku..
sampai bila nak jadi macam ni wei?
kerja langsung tak dapat tolong mak bapak..
nak tolong siket pon tadek..
gaji cukup makan..
wei macam mana orang yang dapat kerja gaji banyak boleh berhenti?
bodoh betol korang kan?

rasa macam dah penat..
penat cari kerja..
masa, duet semua habes untuk cari kerja..
kerja aku isnin sampai jumaat..
lepastu balek kerja malam terus bukak email, bukak jobstreet apa semua..
sabtu ahad pergi keluar cari kerja pulak..

bukan tak bersyukur tapi sampai bila nak kerja dengan gaji macamni?
orang cakap sabar lah..
tapi bercakap memang senang kan?
yang mengalami ni yang dok tanggung..

tahu aku benci tengok kengkawan dapat kerja kukuh?
tahu macam mana perasaan nak beli kereta?
nak tanggung tolong mak ayah?
tahu macam mana perasaan nak simpan setiap bulan dalam bsn?
tahu macam mana rasa tiap bulan sekali dua nak enjoy dengan kawan?
tahu tak apa lagi perasaan yang mana korang akan rasa sangat down bila fikir?!

orang cakap setiap makhluk ada rezeki yang tertulis..
ya allah kekadang aku tahu aku melampau..
terfikir mana rezeki untuk aku kalau tuhan tu maha adil untuk semua?
mengucap panjang bila syaitan iblis mula masuk dalam hati..

kenapa semua kerja sekarang lagi senang dapat bila ada orang dalam?
kalau macamtu yang tade orang dalam abes mati kutu la?
orang cakap rakyat malasyia pemalas tapi kalau ada orang macam aku macam mana?
duet berhabes untuk pergi cari kerja saja!

arghhhhhhhhhhh tensionnyaaaa!


p/s :: ya allah, andai rezeki itu ada di atas langit, turunkan lah kepada aku. andai rezeki itu ada di bawah bumi, kau keluarkan lah kepadaku. andai jauh rezeki itu dariku, kau dekatkan lah dan andai rezeki itu ada dihadapanku, kau berilah aku petunjuk agar aku nampak jalannya..