Thursday, November 24, 2011

tuhan tu adilkah?

dah lama tak update? yeah memang!
berapa bulan entah..
makin lama makin pemalas!

pernah tak dalam hidup korang cemburu tengok orang laen?
tengok orang laen berjaya..
aku sangat sedang mengalami lah menda alah nih..
tiap hari aku boleh down bila fikir pasal hidup aku..
sampai bila nak jadi macam ni wei?
kerja langsung tak dapat tolong mak bapak..
nak tolong siket pon tadek..
gaji cukup makan..
wei macam mana orang yang dapat kerja gaji banyak boleh berhenti?
bodoh betol korang kan?

rasa macam dah penat..
penat cari kerja..
masa, duet semua habes untuk cari kerja..
kerja aku isnin sampai jumaat..
lepastu balek kerja malam terus bukak email, bukak jobstreet apa semua..
sabtu ahad pergi keluar cari kerja pulak..

bukan tak bersyukur tapi sampai bila nak kerja dengan gaji macamni?
orang cakap sabar lah..
tapi bercakap memang senang kan?
yang mengalami ni yang dok tanggung..

tahu aku benci tengok kengkawan dapat kerja kukuh?
tahu macam mana perasaan nak beli kereta?
nak tanggung tolong mak ayah?
tahu macam mana perasaan nak simpan setiap bulan dalam bsn?
tahu macam mana rasa tiap bulan sekali dua nak enjoy dengan kawan?
tahu tak apa lagi perasaan yang mana korang akan rasa sangat down bila fikir?!

orang cakap setiap makhluk ada rezeki yang tertulis..
ya allah kekadang aku tahu aku melampau..
terfikir mana rezeki untuk aku kalau tuhan tu maha adil untuk semua?
mengucap panjang bila syaitan iblis mula masuk dalam hati..

kenapa semua kerja sekarang lagi senang dapat bila ada orang dalam?
kalau macamtu yang tade orang dalam abes mati kutu la?
orang cakap rakyat malasyia pemalas tapi kalau ada orang macam aku macam mana?
duet berhabes untuk pergi cari kerja saja!

arghhhhhhhhhhh tensionnyaaaa!


p/s :: ya allah, andai rezeki itu ada di atas langit, turunkan lah kepada aku. andai rezeki itu ada di bawah bumi, kau keluarkan lah kepadaku. andai jauh rezeki itu dariku, kau dekatkan lah dan andai rezeki itu ada dihadapanku, kau berilah aku petunjuk agar aku nampak jalannya.. 


Tuesday, August 16, 2011

kemalangan di hutan lipur lenggeng!

entry singkat..
pagi tadi pulang ke kampung halaman..
nak hantar barang untuk raya kat rumah and mama nak tengok potensi burung layanglayang kat sana..
uhhh banyak gila burung layanglayang kat sana bila try panggil..

dalam jam 11 sampai lenggeng dah..
nak naek ke hutan lipur tu nampak ada kereta polis dan orang naek motor siket duk tepi jalan..
ingatkan ada apa..
roadblock celah bukit mana polis nak buat nih..
rupanya ada lori trelar *spelling betol dak?
trelar tuh dah terbalek masuk gaung..
bawak baja ikan kalau tak silap..
dalam dok kecoh tu dengar orang MELAYU ckp boleh amek baja ni buat jual..
hello pakcik, kau tu dah la melayu..
bulan mulai bulan ramadhan pulak tuh..
boleh tolong hormat siket tak?

dari informasi lori tu dah terbalek dari atas bukit lagi..
so lori tu masok gaung dalam keadaan berbaring lah..
habes hancur jugak kepala lori tuh..
tapi alhamdulillah pemandu masih selamat dan dikejarkan ke hospital..
polis yang ada masa kami sampai tu la bawak ke hospital..
dan masa tu dengar lagi sorang MELAYU cakap mati tak?
pakcik, cuba pertanyaan tu berbunyi pemandu selamat? 
ni tak. harus ke perkataan mati tuh?
kalau keluarga si mangsa kat situ ape ke dia rasa?

dekat belok hutan lipur ni memang selalu terjadinya kemalangan..
ramai yang cakap ada yang menunggu..
keluarga kami pon ada yang pernah mengalami tapi alhamdulillah tiada apa berlaku..
moga semua selamat..

sempat ambil satu gambor je..

maaf sebab membesarkan huruf melayu kat dalam entry nih..
bukan nak kondem tapi kita kan melayu..
mendoakan seseorang itu selamat adalah lebih baik dan menjadi seorang yang tidak panjang tangan adalah sangat digalakkan..
tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati untuk pembesaran ejaan.. :)

p/s :: memandulah dengan selamat. ingat insan tersayang. tapi kalau benda nak jadi, bawak 2okm/h pon jadi juga..

istimewanya 01 / januari?

ramai yang tanya aku apa bestnya lahir tarikh new year..
ramai jugak yang cakap seronok nye lahir sama dengan hari new year..
ada yang tahu aku lahir tarikh sama dengan new year?


sebenarnya tadelah seronok mana pon..
ah memang tak seronok lah..
sebab tak seronok adalah kerana..
dah tentu jam 12am tepat o1.o1 line telefon akan busy gila!
busy sebab orang semua sibuk nak wish kengkawan anak bini selamat tahun baru..
so memang tadek la mengharap wish message dari kawankawan dan tersayang..
semua tak lepas kot..
nak gayut pon memang ikot nasib..
kalau dah line busy macam jem ada accident lori dengan ketapi tu memang jangan lah mimpi..
nak dengar kesayangan nyanyi birthday song pon jangan mimpi..
baek tidur je dan bangun esok pagi barulah berpeluang baca semua message yang baru masuk..
then kalau dapat call free tuh barulah call si kesayangan untuk dengar die jerit "sayang happy birthday"!
tu kalau dapat lah call free..
kalau macam aku ni tadek dah..
haritu cek no meksis ni tah nama mana yanag kena..
padahal terangterang aku potostet ic untuk daftar no nih dulu..
sedey betol.. =="


lepas tu sebab kan cuti..
so memang semua ada plan sendiri lahhh!
kesabaran sungguh wei!
semua macam vvip nak kena booking awalawal untuk spend time with..
nanges sungguh birthday sorangsorang..
so kesimpulan birthday sesorang lah kat rumah..
nak keluar sorang memang tak dapatlah..


so apakah keseronokan birthday masa new year?
seronok lah sebab birthday nih satu dunia cuti..
kahkahkahkah
lepas tuh ada bunga api pung pang di udara..
silalah feeling macam bunga api sambut birthday kauu..


dah bye!

p/s :: moga setiap kali hadirnya tahun baru, aku maken kuat untuk menjalani kehidupan..

Monday, August 15, 2011

sampai hati lis buat boo macamni?!!!!!

dah ramai tahu pasal lis..
dah ramai cerita pasal lis..
dah ramai tahu hubungan lis dengan dia..
tapi tade sorang pon tahu apa lis dah buat kat boo..
tade sorang pon tahu macam mana remuk hati boo bila lis buat macam ni kat boo..

mesti lis lupa kan apa pengorbanan boo selama nih..
mesti lis lupa yang boo sentiasa ada disisi lis selama nih..
tapi ni yang lis balas dekat boo?
ini yang lis cakap sayang boo?
ini yang lis cakap taley hidup tanpa boo?
pembongak ah semua tuh!
lis memang pembongak!

sampai hati lis pilih yusry..
sampai hati lis tetiber keluarkan kenyataan pasal niat korang nak nikah tahun depan?
sampainya hatimuuuu!

tak mengapalah..
boo harap lis bahagia bersama yusry si perampas itu..
orang berkata tak semestinya memiliki..
boo doa moga dia akan jaga lis..
kalau dia buat lis macam janda dia dulu siaplah dia!
menangis berlalu pergi
inilah nasib diriku yang malanggg ~ berlalu sambil menyanyi






p/s :: semoga berbahagia wahai lisa surihani. sobss. hancur hatiku mengenang dikauu ~

mencari sedikit ruang untuk bernafas..

blog bersawang!
mari cuci mencuci mop lantai tingkap semua..
ada yang cakap kat aku blog aku dah beranak pinak ular membiak..
hahahha maaf ye..
ada lagi ke yang dok tengok blog aku nih?
macam tak logik je bila aku fikir..
tapi tapelah..
dah ada yang samapi perasan blog ni bersawang ada ular tu maknanya ada lah yang tengok kan?
terima kasih daun keladi.. ;p

kepergian bukanlah merajuk sebab stat visit dah rendah..
bukan jugak sebab malas yang bertimpatimpa..
sebab kalau cakap malas memang tak bukak dah..
tapi ni bukak je tengok blog list..
haa even aku tak update blog tapi aku masih tengok blog korang..
so jangan risau lah tade orang baca blog korang..
aku tengok sorangsorang punye blog..

sebenarnya kepergian aku yang lg tepat menyepikan diri tu hanya untuk mengambil ruang untuk bernafas..
banyak yang berlaku untuk masa sekarang nih..
kucing pon dah 2 ekor mati dan bertambah lagi 2 ekor yang mana umur baru 4 hari..
rumah baru ni pon dah maken nampak rumahnya..
kalau tak dulu macam rumah pendatang asing dah..
ada meja lipat aja kahkahkah
sekarang pon kewangan agak terjejas tapi alhamdulillah masih ada yang memahami..
kerja pon tak sebab family tak bagi..
dorang cakap lepas raya baru kerja sebab nanti start kerja sekrang raya tak dapat cuti..
alasan boley terima kan? comel je alasan. ahahaah!
so sekarang berniaga dibazaar..
dapat lah siket duet poket..
alhamdulillah tercapai sudah niat untuk beli barang bilik guna duet sendiri..
walau cuma set katil, lemari, kipas baru and siketsiket laen aku masih bangga guna duet aku sendiri dan beli di ikea! hahahaha tak beli kat kedai tepi jalan. ;p

sekarang maybe tanam hasrat nak kejar semula pembaca blog..
dah banyak kali ni cakap tapi buatnya dak..
tapi kali ni serius..
nak aktif semula menaep blog..
harap masih ada yang memberi sokongan.. :)

saja nak tepek pic baru. hahahaha *muntah

p/s :: merindui kawan blog sebenarnya. memahami.. 

Thursday, June 16, 2011

Aziz Hazmi luah perasaan pada siDia bukan Hanis Zalikha

siapa Aziz Hazmi? 
haha okay ramai kenal..
first time nak review pasal orang nih..
sebelum ni tak pernah berminat kot..
tapi kali ni aku rasa nak review sesangat..


ni mamat Aziz Hazmi


dulu Aziz Hazmi ni orang semua macam kecoh pasal dia minat Hanis Zalikha..
Hanis Zalikha?
siapa yang tak kenal minah comel tuh memang lahhhhh *erhhhhh!
dulu pon aku pernah terfikir fuyohh bapak addict mamat ni kat HZ..
yela minah comel siapa yang tanak kan?
aku pon nak kalau boley dapat..
erkkkk


ni Hanis Zalikha yang super duper comel!


barubaru ni mamat nih dok buat video untuk melamar seseorang menjadi teman istimewa..
budak seni boley la bro..
aku belajar multimedia tapi aku tak minat part video production nih..
kalau boley nak jugak buat macam kau bro..
macam seronok plak tengok lamar awek dengan buat video..
hihihihih *gelak gedik

Video untuk siDia
serious bro,
aku tabik giloss kat kau..
berani luah apa kau rasa untuk orang yang kau minat..
tak ramai macam kau..
berani ambil risiko even jawapan dia kau dah tahu..
penghujung video tu kena langgar kereta..
and tu maknanya tiada jodoh dengan siDia..
rileks la..
mybe sekarang tade jodoh tapi one day siapa tahu kan?
so chill okay..
siDia komen dekat facebook?
wohooo mesti seronok kan bila orang yang kita tuju video tu tengok apa yang kita buat untuk dia..
eh nak bagitahu jujur siDia tu comel gila!
hihihihi selalu jugak pergi tengok blog dia..
bakal doktor yang comel..
please bukak klinik untuk siDia tu then dakni akan selalu datang..
haha! *blurpp tahan sakit kena tumbuk dengan bini sendiri


anyway bro, 
good luck untuk setiap yang kau buat..
ada jodoh, ada la nanti..
kalau tade jodoh, percaya akan ada seseorang terbaik untuk kau..
sama jugak untuk aku dan semua orang..
ah lagu JUDIKA- Bukan Dia Tapi Aku tu serious seronok..
dulu time putus cinta selalu layan..
tapi sekarang dah tak..

lagu yang sangat nice untuk org putus cinta

and this is my only one.. :)

p/s :: fikir macam mana nak lamar orang tersayang. haha!

Saturday, June 4, 2011

love love love..

hye guys..
sorry for lack of update..
busy and bila back from work teros mandi then tidur..
3am wakeup from sleep and call my only one..
for a day i just spend only 1 or 2 hour for her..
sorry sayang..
i do missyou..


kehidupan sekarang?
sangat sibuk dan sangat memenatkan..
bangun pagi around 8am pastu call my love kejap..
dapat dengar suara dia before pergi kerja sekejap pon jadi la..
time rehat atas motor call dia and kesian dia sbb kena dengar angin..
sebab tade masa pon untuk kami..
sepatotnya ikot dia pergi kelantan haritu kawan dia kawen..
tapi tak dapat ikot sebab kerja da start..
haritu hari belia kat putrajaya pon da cakap nak pergi sana..
dia pon cakap dia tunggu..
pujuk boss mintak cuti sehari aja tapi tak dapat sebab hari ahad.. 
tape la..
at least setiap hari ktorg kena hantar 1 gambar..
kalau terlepas 1 hari, kena tebus hantar 3, 4 sekali gus..
macammacam muka da gambar bg dia sampai tatau nak buat muka apa lagi..
kakakakaka


p/s :: u r the only one baby..