Friday, November 25, 2011

budak sekolah, budak gedik, budak budak budak!

korang semua yang terasa!
cececeyy banyak tak agak yang terasa?;p

actually untuk manusia yang bajet comel gedik macam ape je aku rasa..
bahasa melayu kat sekolah dapat berapa?
9G ke?
ke tak habes sekolah?
ke tak pernah sekolah?

macam ni.. :)
sangat = SANAD
adik = ARDEK
kita = ITEW
berubah = BUBA
sihat = SEAT
ada = ADEA
pening = PHEWNING
and and and so on..

tolonglah! bahasa melayu mudah difahami kot..
tapi bila baca ayat kau, semua jadi berkerut kening..

p/s :: ape lah nak JAWDIWWWWW. hahahahahahharammmm! =="

Thursday, November 24, 2011

papa, ayah, daddy, bapa?

semua orang hargai ibu..
sampai hari ibu diwarwarkan sangat..
tapi hari bapa?
ada yang buat tatau..
pengorbanan ibu mengandungkan kita dan melahirkan kita memang takan dapat balas sampai hujung nyawa..
tapi pengorbanan ayah?

ayah, bapa, papa, daddy, baba, or apa saja panggilan untuk seorang lelaki yang mempunyai anak..
apa saja dalam dunia ni yang mereka takan korbankan untuk kita?
kalau dorang ada sebutir bintang pon dan kita mintak, mereka sanggup bagi..
untuk melihat kita tersenyum gembira..

bagi dakni ayah tu umpama bintang..
sanggup teman bulan pada malam hari macamana sanggup teman ibu seumur hidup..
sanggup mengorbankan kecantikan cahaya dia pada siang hari untuk memberi laluan pada matahari macamana sanggup berkorban untuk anakanak..
kalau difikirkan mereka adalah seorang manusia yang sangat kuat daripada ultraman, bijak dari detektive conan dan lebih sempurna dari doraemon..

mereka adalah seorang yang sempurna......
membawa ibu pergi ke klinik untuk membuat checkup kita dalam kandungan..
pulang dari kerja walau baru 1ominit sampai office sematamata kerana dapat call kita nak lahir..
membeli pakaian kita semasa bayi..
menyambut kita semasa pertama kali keluar menghadap dunia..
tidur dikerusi menunggu kerana lelaki tak dibenarkan masuk ke wad ibu pada waktu malam..
membawa kereta perlahan yang boleh ketika lalu dilopak air kerana takut kita terjaga dalam pangkuan ibu..
sanggup berjaga malam membantu ibu menjaga kita walau esok awal pagi berkerja..
tak cukup tidur kerja siang malam untuk bagi kita selesa..

bila kita mula kesekolah..
sanggup bangun awal untuk hantar kita kesekolah..
sanggup balik tengahari untuk ambil kita pulang sekolah..
sanggup belikan telefon mahal walau dia tak mengunakan pon telefon bimbit..
sanggup belikan kasut sukan bola yang beratus sedangkan dia masih memakai stokin lama..
pulang kerja bawak kita ke giant untuk membeli baju sukan warna putih..
bagi kita makan apa yang dia beli sebab kita yeye cakap nak yang papa makan!
belikan motor baru untuk kesekolah sebab kita nampak kawan naik motor baru walau dia masih naik motor yang dia beli masa kita belum lahir..
bayar saman yang kita tunjuk sebab pergi sekolah tade lesen bawak motor..

bila kita mula meningkat dewasa..
mama cakap jangan keluar lepas habis jam 1pm waktu sekolah tapi papa yang cakap pergi lah cuba belajar tentang dunia..
mama ragu tentang kita tapi papa percaya kita, papa nak kita jatuh dan bangun..
papa bagi telefon baru sebab nak kita selamat dan tahu tentang kita..
mama cakap nanti kita ada pakwa makwa..
mama cakap nanti dapat lesen sampai kelangit ketujuh pergi..
papa cakap nanti dapat lesen boleh tolong bawak mama pergi pasar..

banyak lagi kalau nak di ikotkan pasal papa..
tapi kenapa ramai tak sedar..
kat office pernah sekali ada yang cakap,
dapat adek tak guna, kaka tak guna dan ayah tak guna..
hurm maybe saya bernasib baek dapat ayah yang sangat berguna..

tak kesah lah..
papa mama duadua berharga..
tak dapat bayang tak ada salah seorang dari mereka.. :)

p/s :: sempurnanya kita kerna kedua orang tua, adanya kita kerna kedua orang tua, redhanya allah kepada kita dengan redhanya kedua orang tua..

memperkenalkan!

awal bulan haritu pergi ambil kucing yang beli dari sorang kakak kat sri kembangan..
jumpa kat mudah.com kot..
lupa dah ;p

kakak tu bagi nama dia kelly so mama cakap bg nama dia oliey..
tapi dakni paggel lyly..
dah macam nama dah haha!

taraaa. mata cari apa ada utk dimainkan

uhh apa kat atas tuh?

ala dah hilang

kerjakan beg tuan la. yeah yeahh koyakk!

ala tuan tak layan. cakkk! main lah dengan saya!

bosannya dapat tuan macamni :(

buatbuat tidur kena layan tak?

tuan, look at mee!

tak di layan pon :(


ketepi lah. apa tengok tengok ni? ajak main tak mahu!

finally. krohhhh~~~~

p/s :: tiap hari makin nakal..








tuhan tu adilkah?

dah lama tak update? yeah memang!
berapa bulan entah..
makin lama makin pemalas!

pernah tak dalam hidup korang cemburu tengok orang laen?
tengok orang laen berjaya..
aku sangat sedang mengalami lah menda alah nih..
tiap hari aku boleh down bila fikir pasal hidup aku..
sampai bila nak jadi macam ni wei?
kerja langsung tak dapat tolong mak bapak..
nak tolong siket pon tadek..
gaji cukup makan..
wei macam mana orang yang dapat kerja gaji banyak boleh berhenti?
bodoh betol korang kan?

rasa macam dah penat..
penat cari kerja..
masa, duet semua habes untuk cari kerja..
kerja aku isnin sampai jumaat..
lepastu balek kerja malam terus bukak email, bukak jobstreet apa semua..
sabtu ahad pergi keluar cari kerja pulak..

bukan tak bersyukur tapi sampai bila nak kerja dengan gaji macamni?
orang cakap sabar lah..
tapi bercakap memang senang kan?
yang mengalami ni yang dok tanggung..

tahu aku benci tengok kengkawan dapat kerja kukuh?
tahu macam mana perasaan nak beli kereta?
nak tanggung tolong mak ayah?
tahu macam mana perasaan nak simpan setiap bulan dalam bsn?
tahu macam mana rasa tiap bulan sekali dua nak enjoy dengan kawan?
tahu tak apa lagi perasaan yang mana korang akan rasa sangat down bila fikir?!

orang cakap setiap makhluk ada rezeki yang tertulis..
ya allah kekadang aku tahu aku melampau..
terfikir mana rezeki untuk aku kalau tuhan tu maha adil untuk semua?
mengucap panjang bila syaitan iblis mula masuk dalam hati..

kenapa semua kerja sekarang lagi senang dapat bila ada orang dalam?
kalau macamtu yang tade orang dalam abes mati kutu la?
orang cakap rakyat malasyia pemalas tapi kalau ada orang macam aku macam mana?
duet berhabes untuk pergi cari kerja saja!

arghhhhhhhhhhh tensionnyaaaa!


p/s :: ya allah, andai rezeki itu ada di atas langit, turunkan lah kepada aku. andai rezeki itu ada di bawah bumi, kau keluarkan lah kepadaku. andai jauh rezeki itu dariku, kau dekatkan lah dan andai rezeki itu ada dihadapanku, kau berilah aku petunjuk agar aku nampak jalannya.. 


Tuesday, August 16, 2011

kemalangan di hutan lipur lenggeng!

entry singkat..
pagi tadi pulang ke kampung halaman..
nak hantar barang untuk raya kat rumah and mama nak tengok potensi burung layanglayang kat sana..
uhhh banyak gila burung layanglayang kat sana bila try panggil..

dalam jam 11 sampai lenggeng dah..
nak naek ke hutan lipur tu nampak ada kereta polis dan orang naek motor siket duk tepi jalan..
ingatkan ada apa..
roadblock celah bukit mana polis nak buat nih..
rupanya ada lori trelar *spelling betol dak?
trelar tuh dah terbalek masuk gaung..
bawak baja ikan kalau tak silap..
dalam dok kecoh tu dengar orang MELAYU ckp boleh amek baja ni buat jual..
hello pakcik, kau tu dah la melayu..
bulan mulai bulan ramadhan pulak tuh..
boleh tolong hormat siket tak?

dari informasi lori tu dah terbalek dari atas bukit lagi..
so lori tu masok gaung dalam keadaan berbaring lah..
habes hancur jugak kepala lori tuh..
tapi alhamdulillah pemandu masih selamat dan dikejarkan ke hospital..
polis yang ada masa kami sampai tu la bawak ke hospital..
dan masa tu dengar lagi sorang MELAYU cakap mati tak?
pakcik, cuba pertanyaan tu berbunyi pemandu selamat? 
ni tak. harus ke perkataan mati tuh?
kalau keluarga si mangsa kat situ ape ke dia rasa?

dekat belok hutan lipur ni memang selalu terjadinya kemalangan..
ramai yang cakap ada yang menunggu..
keluarga kami pon ada yang pernah mengalami tapi alhamdulillah tiada apa berlaku..
moga semua selamat..

sempat ambil satu gambor je..

maaf sebab membesarkan huruf melayu kat dalam entry nih..
bukan nak kondem tapi kita kan melayu..
mendoakan seseorang itu selamat adalah lebih baik dan menjadi seorang yang tidak panjang tangan adalah sangat digalakkan..
tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati untuk pembesaran ejaan.. :)

p/s :: memandulah dengan selamat. ingat insan tersayang. tapi kalau benda nak jadi, bawak 2okm/h pon jadi juga..

istimewanya 01 / januari?

ramai yang tanya aku apa bestnya lahir tarikh new year..
ramai jugak yang cakap seronok nye lahir sama dengan hari new year..
ada yang tahu aku lahir tarikh sama dengan new year?


sebenarnya tadelah seronok mana pon..
ah memang tak seronok lah..
sebab tak seronok adalah kerana..
dah tentu jam 12am tepat o1.o1 line telefon akan busy gila!
busy sebab orang semua sibuk nak wish kengkawan anak bini selamat tahun baru..
so memang tadek la mengharap wish message dari kawankawan dan tersayang..
semua tak lepas kot..
nak gayut pon memang ikot nasib..
kalau dah line busy macam jem ada accident lori dengan ketapi tu memang jangan lah mimpi..
nak dengar kesayangan nyanyi birthday song pon jangan mimpi..
baek tidur je dan bangun esok pagi barulah berpeluang baca semua message yang baru masuk..
then kalau dapat call free tuh barulah call si kesayangan untuk dengar die jerit "sayang happy birthday"!
tu kalau dapat lah call free..
kalau macam aku ni tadek dah..
haritu cek no meksis ni tah nama mana yanag kena..
padahal terangterang aku potostet ic untuk daftar no nih dulu..
sedey betol.. =="


lepas tu sebab kan cuti..
so memang semua ada plan sendiri lahhh!
kesabaran sungguh wei!
semua macam vvip nak kena booking awalawal untuk spend time with..
nanges sungguh birthday sorangsorang..
so kesimpulan birthday sesorang lah kat rumah..
nak keluar sorang memang tak dapatlah..


so apakah keseronokan birthday masa new year?
seronok lah sebab birthday nih satu dunia cuti..
kahkahkahkah
lepas tuh ada bunga api pung pang di udara..
silalah feeling macam bunga api sambut birthday kauu..


dah bye!

p/s :: moga setiap kali hadirnya tahun baru, aku maken kuat untuk menjalani kehidupan..

Monday, August 15, 2011

sampai hati lis buat boo macamni?!!!!!

dah ramai tahu pasal lis..
dah ramai cerita pasal lis..
dah ramai tahu hubungan lis dengan dia..
tapi tade sorang pon tahu apa lis dah buat kat boo..
tade sorang pon tahu macam mana remuk hati boo bila lis buat macam ni kat boo..

mesti lis lupa kan apa pengorbanan boo selama nih..
mesti lis lupa yang boo sentiasa ada disisi lis selama nih..
tapi ni yang lis balas dekat boo?
ini yang lis cakap sayang boo?
ini yang lis cakap taley hidup tanpa boo?
pembongak ah semua tuh!
lis memang pembongak!

sampai hati lis pilih yusry..
sampai hati lis tetiber keluarkan kenyataan pasal niat korang nak nikah tahun depan?
sampainya hatimuuuu!

tak mengapalah..
boo harap lis bahagia bersama yusry si perampas itu..
orang berkata tak semestinya memiliki..
boo doa moga dia akan jaga lis..
kalau dia buat lis macam janda dia dulu siaplah dia!
menangis berlalu pergi
inilah nasib diriku yang malanggg ~ berlalu sambil menyanyi






p/s :: semoga berbahagia wahai lisa surihani. sobss. hancur hatiku mengenang dikauu ~

mencari sedikit ruang untuk bernafas..

blog bersawang!
mari cuci mencuci mop lantai tingkap semua..
ada yang cakap kat aku blog aku dah beranak pinak ular membiak..
hahahha maaf ye..
ada lagi ke yang dok tengok blog aku nih?
macam tak logik je bila aku fikir..
tapi tapelah..
dah ada yang samapi perasan blog ni bersawang ada ular tu maknanya ada lah yang tengok kan?
terima kasih daun keladi.. ;p

kepergian bukanlah merajuk sebab stat visit dah rendah..
bukan jugak sebab malas yang bertimpatimpa..
sebab kalau cakap malas memang tak bukak dah..
tapi ni bukak je tengok blog list..
haa even aku tak update blog tapi aku masih tengok blog korang..
so jangan risau lah tade orang baca blog korang..
aku tengok sorangsorang punye blog..

sebenarnya kepergian aku yang lg tepat menyepikan diri tu hanya untuk mengambil ruang untuk bernafas..
banyak yang berlaku untuk masa sekarang nih..
kucing pon dah 2 ekor mati dan bertambah lagi 2 ekor yang mana umur baru 4 hari..
rumah baru ni pon dah maken nampak rumahnya..
kalau tak dulu macam rumah pendatang asing dah..
ada meja lipat aja kahkahkah
sekarang pon kewangan agak terjejas tapi alhamdulillah masih ada yang memahami..
kerja pon tak sebab family tak bagi..
dorang cakap lepas raya baru kerja sebab nanti start kerja sekrang raya tak dapat cuti..
alasan boley terima kan? comel je alasan. ahahaah!
so sekarang berniaga dibazaar..
dapat lah siket duet poket..
alhamdulillah tercapai sudah niat untuk beli barang bilik guna duet sendiri..
walau cuma set katil, lemari, kipas baru and siketsiket laen aku masih bangga guna duet aku sendiri dan beli di ikea! hahahaha tak beli kat kedai tepi jalan. ;p

sekarang maybe tanam hasrat nak kejar semula pembaca blog..
dah banyak kali ni cakap tapi buatnya dak..
tapi kali ni serius..
nak aktif semula menaep blog..
harap masih ada yang memberi sokongan.. :)

saja nak tepek pic baru. hahahaha *muntah

p/s :: merindui kawan blog sebenarnya. memahami.. 

Thursday, June 16, 2011

Aziz Hazmi luah perasaan pada siDia bukan Hanis Zalikha

siapa Aziz Hazmi? 
haha okay ramai kenal..
first time nak review pasal orang nih..
sebelum ni tak pernah berminat kot..
tapi kali ni aku rasa nak review sesangat..


ni mamat Aziz Hazmi


dulu Aziz Hazmi ni orang semua macam kecoh pasal dia minat Hanis Zalikha..
Hanis Zalikha?
siapa yang tak kenal minah comel tuh memang lahhhhh *erhhhhh!
dulu pon aku pernah terfikir fuyohh bapak addict mamat ni kat HZ..
yela minah comel siapa yang tanak kan?
aku pon nak kalau boley dapat..
erkkkk


ni Hanis Zalikha yang super duper comel!


barubaru ni mamat nih dok buat video untuk melamar seseorang menjadi teman istimewa..
budak seni boley la bro..
aku belajar multimedia tapi aku tak minat part video production nih..
kalau boley nak jugak buat macam kau bro..
macam seronok plak tengok lamar awek dengan buat video..
hihihihih *gelak gedik

Video untuk siDia
serious bro,
aku tabik giloss kat kau..
berani luah apa kau rasa untuk orang yang kau minat..
tak ramai macam kau..
berani ambil risiko even jawapan dia kau dah tahu..
penghujung video tu kena langgar kereta..
and tu maknanya tiada jodoh dengan siDia..
rileks la..
mybe sekarang tade jodoh tapi one day siapa tahu kan?
so chill okay..
siDia komen dekat facebook?
wohooo mesti seronok kan bila orang yang kita tuju video tu tengok apa yang kita buat untuk dia..
eh nak bagitahu jujur siDia tu comel gila!
hihihihi selalu jugak pergi tengok blog dia..
bakal doktor yang comel..
please bukak klinik untuk siDia tu then dakni akan selalu datang..
haha! *blurpp tahan sakit kena tumbuk dengan bini sendiri


anyway bro, 
good luck untuk setiap yang kau buat..
ada jodoh, ada la nanti..
kalau tade jodoh, percaya akan ada seseorang terbaik untuk kau..
sama jugak untuk aku dan semua orang..
ah lagu JUDIKA- Bukan Dia Tapi Aku tu serious seronok..
dulu time putus cinta selalu layan..
tapi sekarang dah tak..

lagu yang sangat nice untuk org putus cinta

and this is my only one.. :)

p/s :: fikir macam mana nak lamar orang tersayang. haha!

Saturday, June 4, 2011

love love love..

hye guys..
sorry for lack of update..
busy and bila back from work teros mandi then tidur..
3am wakeup from sleep and call my only one..
for a day i just spend only 1 or 2 hour for her..
sorry sayang..
i do missyou..


kehidupan sekarang?
sangat sibuk dan sangat memenatkan..
bangun pagi around 8am pastu call my love kejap..
dapat dengar suara dia before pergi kerja sekejap pon jadi la..
time rehat atas motor call dia and kesian dia sbb kena dengar angin..
sebab tade masa pon untuk kami..
sepatotnya ikot dia pergi kelantan haritu kawan dia kawen..
tapi tak dapat ikot sebab kerja da start..
haritu hari belia kat putrajaya pon da cakap nak pergi sana..
dia pon cakap dia tunggu..
pujuk boss mintak cuti sehari aja tapi tak dapat sebab hari ahad.. 
tape la..
at least setiap hari ktorg kena hantar 1 gambar..
kalau terlepas 1 hari, kena tebus hantar 3, 4 sekali gus..
macammacam muka da gambar bg dia sampai tatau nak buat muka apa lagi..
kakakakaka


p/s :: u r the only one baby..

Wednesday, May 11, 2011

package percutian murah.

bosan..
aku bosan..
sangat bosan..

sekarang dalam mood nak pergi bercuti..
nak pergi release tension..
perlukan tempat yang sangat teman..
nak masa yang lebih bersama kawan dan sahabat..

dah berapa lama cari tempat percutian yang okay..
yang sesuai dengan kewangan..
tapi tak jumpa pulak..

ada sesiapa tahu memana yang ada tawarkan pakej percutian yang murah?
yelaa student kan..
mana nak banyak sangat duet pongg..
kekekee
mesti ada yang tahu bajet student macam mana kan..

nak tempat yang tenang..
ada laut..
boley lepak dengan kawan..
tanak yang tempat huha huha..

kalau ada sesiapa tahu bagi tahu ea.. :)

p/s :: sayang, awak je tau apa saya rasa sekarang..

Wednesday, May 4, 2011

korang tahu LOMO?

actually tatau sangat pasal LOMO..
ah maybe ada yang tau ada yang tatau..
yang tau aku rasa memang dorang minat bidang photography nih..
tapi bagi aku yanag tatau pape pasal camera, sejak masok kolej baru aku tau wujudnya camera nih..
sadis but tu lah yang sebenarnya..
sekarang banyak yang kejar camera dslr..
even budak sekolah pon dah boley dapat camera dslr tuh..
dan untuk aku walaupun aku minat gadjet tapi hobi tu terhad untuk phone aja..
camera macam kurang siket..
ade jugak rasa macam nak ke arah tuh tapi nanti la..
haha!

first aku pegang camera LOMO time nak pergi ambil gambar untuk hot air ballons..
rasa macam pegang camera mainan..
ringan, dengan color dia yang comelcomel colorfull tuh..
tatau nak cerita apa pasal LOMO tapi yang aku tau LOMO tak guna memory card macam dslr..
maybe sebab tu jugak tak ramai nak amek tahu pasal LOMO..
yela leceh kan nak pergi kedai tok cuci picture dia..
dah tu bukan semua kedai cuci gambar ada buat service untuk LOMO..
camera ni tade la mahal sangat..
ade je yang aku tengok harga rm2oo or rm3oo..
dan yang aku tahu pasal LOMO adalah kita tak perlu pon edit picture yang kita amek sebab hasil gambar dah memang cantik..
macam baru keluar photoshop..
tu kelebihan LOMO selain dari harga murah, comel dan menarik perhatian..

yang aku tahu kat KL ni ada jugak kedai dia kat Central Market..
haritu aku pergi dengan kawan aku..
mau serabot jiwa aku nak amek sebijik dua..
dalam bank ada duit.. 
so hati tak tenang la..
merata kedai tu aku pusing..
wuu wuuu boley gila aku kalau masok kedai LOMO..
and sepatutnya dalam kedai tuh taley amek pic..
tapi aku maen amek aja..
ade aku dulik..
yela kat Central Market kan semua kedai ade tulis "dilarang mengambil gambar"
aku rasa itu untuk pelancong je kot?
lantak la kan? berani marah la! haha

citerciter nak rempat la nanti..
sekarang tak boley sebab banyak menda nak guna duet nih..
so tahan dulu la..
ada jodoh jumpa la kite ye LOMO..
ni siket picture LOMO..
tapi ni amek kat internet aja..
yang ada dalam phone aku malaih aih nak transfer masok dalam lappy..
tapi kebanyakkan camera yang aku letak ni semua ada lam phone aku..
buat koleksi jap..
haha!
byeeeee~


nice kann..

nanti gambar tu jadi 4 sebab ade 4 lens..

herrrrrrr

comel ja dia punya atas tuh..

color pink. erhhhh

ni haritu kat kedai paling menarik perhatian..

weh comel! haha

ololo. kekekekekee

yang ni pulak hasil gambar dari LOMO tanpa edit..

:)

ni yang banyak lens..

adore gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

cukup la tu aku rasa..
kalau nak lebey pi cari kat google..
bertimbun gilaaa pasal LOMO..
ni website LOMO. click here..
okayy end.. :)

p/s :: gila semua. haha

Tuesday, May 3, 2011

baby.. :)))


i love you..
this i promise you..
please dear..
make our ship works and i will make our ship is the best for you..
do trust me..
only you and i will be yours forever..
as you want.. 
b sayang baby.. <3


p/s :: maaf jiwang.. ;p

introduce our new baby.. :))

currently watching hikayat merong mahawangsa HD at astro first..
aaaa bored..
dari semalam am watching the same stories..
kakak ah ni suke stephen rahman..
hero cerita tuh..
dah tengok kat wayang, tapi beli lagi kat astro first..
ahh semalam beli dilarang masok..
sorry but cerita tu langsong tade bintang aku nak bagi..
rugi gila and sangat bosan cerita tuh..
well, bukan tak sokong cerita seram melayu..
but jangan pandang belakang still the best for me..
even santau pon menarik perhatian aku untuk tengok..
tapi cubaan yang menarik..


okay guys..
introduce Mea Sarra Amanda..
actually dalam facebook dah naek nama budak kecit nih..
dah dekat sebulan pon dia lahir..
just dalam blog je tade kesempatan nak keluar muka dia..
*sebenarnye tatau how to update blog using my bb. haha pity me aite..
lahir on o5/o4/2o11 and time 2345. haha 11.45pm la..
macam ade konspirasi siket time die nak keluar..
4cm baru dah kena tolak masok labour room?
huhuhuhu..
then dorang gunting siket dalam 4.3cm macam tu dah keluar kepala..
semua nurse terkejut..
but kuasa tuhan kan..
alhamdulillah selamat dalam masa tak sampai setengah jam..


this is our Mea Sarra Amanda..


dah 3hari.. :)


pic ni dalam lappy dah elok masok sini jd mcmni pulak.
sengetkan la kepala korang ea. haha! geram doh kaki diaaaa

zzzzz~~

well, tengok tangan lukaluka. haha! eh tu sebab kucing.. :)

p/s :: do loveyou mea..


Thursday, April 28, 2011

Hirtik Roshan Malaysia?

panas gila kan sekarang nih?
bila petang je rase macam tak sanggup nak keluar rumah..
bukak je pintu fuhhhh terik tak tahan..
pastu nanti hujann..
alhamdulillah la malaysia macam nih..
rakyat macam aku je tak reti syukur duduk kat bumi bertuah nih..
kekekeke


eh sekarang tengah tengok tv3..
cerita marimar..
kenapa tah aku boley tengok cerita nih..
kakak aku punye pasal la nih..


tadi tengah iklan..
aku tatau la kenape..
tetibe kakak aku tanye 
kakak : "dek, ape name mamat hirtik roshan malaysia tuh?"
aku : "aaaaa? sape je?"
kakak : "alaaaa yg tu laaaaa"
aku : "yg tu la ape? eii tah la tatau!"
kakak : "alaa yg berlakon citer pisau cukur tuh"
aku : "takan aaron aziz? ke yg pakai gigi besi?"
kakak : "tak la. yg sugar daddy tuh"
aku : "tatau aih aku"
kakak : "cari lah! google pelakon pisau cikur"
aku : caricari thenn..


korang tau tak siapa? 
hauhuahauha macam nak mati aku gelak..
sumpah aku tengok tade rupa pon macam hirtik roshan?
kahkahhh!
overrr gila kakak aku nihhh..


ni haaaa hirtik roshan malaysia katanya..


google

hirtik roshan malaysia dgn awek aku. hihihih

macam hirtik roshan ke?

p/s :: baby loveyou.. :))

Saturday, April 23, 2011

nak mintak tolong..

tatau nak update ape..
tolong bagi idea please.. 

Friday, April 22, 2011

saya seorang bekas pelajar..

actually menda ni dah lepas lebih seminggu..
yaaa finally am done with my diploma..
setelah 3tahun mengharungi..
12 april haritu tarikh keramat untuk presentation final untuk seorang student kolej dakni..
esok nak present baru mlm ni dakni sebok buat slide..
haih la amie..
dah 3tahun masih tak berubah..
tak sabar nak tunggu grad!


kul 7am kelam kabot mandi semua terus pi kolej..
sampaisampai terus present..
cungap aku.hahahaha


alhamdulillah lect berpuas hati dengan kerja aku sepanjang masa practikal..
3 bulan practikal kat telekom malaysia sangat membawa seribu kenangan..
pergi meeting sana sini..
buat itu buat ini..
kena marah dengan customer..


untuk ape yg aku boley say about practical training was 
am hundred percent agree that the industrial training program have achieve its entire primary objective.
pracktikal jugak bg aku the best way to prepare student in facing the real working life.
yela kalau tade practikal student tade experience untuk bekerja..
face alam kerja bukan senang..
dok kat kolej kerja apa semua tak siap kene marah je..
tatau boley ask lect..
ni kat tempat kerja nak tanye sape..
takan nak tanye manager?
hauhauhauha mati kena maki..


then aku habes practikal bulan 4..
lahir pulak anak buah pertama aku..
mea sarra amanda..
hihihihi aku la yang palieng over kan..
yela nak adek, aku la adek..
tup tup ade pulak baby dalam rumah..
mau tak aku yang meloncat..
nanti aku upload picture die ea..
si comel..
harini dah 3minggu da usia dia..
alaaa..
cepat besar ye mea..


next entri saye letak pic dia banyak banyak..
bye!


p/s :: baby, iloveyou..

Sunday, April 17, 2011

finally..

saye minta maaf blog..
dah lama abai kamu..
bukan sengaja tapi sebab kamu ade malware..
malas nak update sebab tade orang boley masok..
dah cuba buang tapi tak boley..
tapi sekarang rasanya dah okay..
saye bukak pon dah tade pape malware warning..
lepas ni saye janji selalu update ea?
saye da happy sekarang..
ade dia yang teman harihari saye..
ade si kecil juga yang warnai harihari saye..
sekarang baru semangat nak jalanjalan kat blog orang..
hihihih seronok!


p/s:: saye merindui kesayangan.. :)

Saturday, March 26, 2011

ye kami bukan tuhan!

guys..
kalau tak suka kucing atau binatang tak perlu tunjuk sangat boleh?
kau nak makimaki kutuk orang yang sayang binatang apahal?
orang buat baik sukahati lah kan?
yang kau sebok nak amek tahu kenapa?
orang siar iklan cats for adopt apa bagai yang korang nak mengamuk pahal?
dorang ada paksa korang ambil ke binatang comel tuh?
binatang comel tu ada pijak korang ka yang korang nak pijuk dia?
binatang comel tu ada maki korang ka yang korang nak maki hina dorang?
siap nak pukul dengan payung dengan kasut apa bagai kenapa?
korang dah tadak akal fikiran?
kenapa bodoh sangat?
lahir ada hati perasaan tapi bila dengan binatang buat perangai macam haram!
kau tu kalau kena pukul, maki caci dengan awek/balak terus nangis!
cuba bayang apa pulak kucing tu rasa?
dasar manusia bodoh la korang nih!
aku bukan cakap untuk binatang bernama kucing aja..
aku bercakap untuk semua binatang yang ada..


camner korang boleh sampai hati pukul binatang?
tak rasa macam alahai comelnya si kecit nih..
lagilagi yang datang mintak makan kat kedai pasar apa bagai tuh..
semua mintak sambil buat muka manja..
tapi korang boleh pulak belasah dia..
ada yang sampai mati pulak tuh..
meh aku pijak pukul belasah korang macam tuh nak?
ada otak fikir la..
bukan susah nak buat baik..


kalau tanak buat baik pon tape!
tapi tak payah kutuk maki orang yang berbuat baik dengan binatang!
aku terasa jugak faham!
kau sorang bodoh jangan ajak orang laen jadi bodoh jugak..


orang yang membantu binatang bukan nak tunjuk bagus!
orang yang membantu binatang bukan nak tunjuk baik!
bukan nak tunjuk diri tuh tuhan!
tergamam baca ayat kau cakap orang macam KAMI ni nak tunjuk diri kami ni tuhan..
tapi sebab kami ada hati perasaan..
kesian tengok binatang kelaparan..
kesian tengok binatang kesakitan..
kau apa tahu bila kau tade hati perasaan?
bila kau tak pernah cuba untuk sayang binatang?
binatang kurap yang kami bawak pulang ke rumah untuk kami sembuhkan..
dorang akan jadi si comel yang cantik!
kalau kau geli tak payah kutuk!
tak payah tengok pon!
dia pon takkan tengok kau bila kat syurga nanti!


p/s :: kau yang buat binatang mcm bukan makhluk DIA adalah manusia yang perangai lebih teruk dari binatang! ye aku marah dan emosi! kalau kau aku jumpa, aku pukul kau dengan payung orang niaga yang besar tuh!

kalau korang rasa boley settlekan masalah aku, tolong please?

okay guys..
kali ni aku serious..
kenapa blog aku still ada malware warning sedangkan aku dah buang link tuh?
kenapa masih ada malware warning tu sedangkan aku dah buang list blog yang ada sangkut paut dengan virus malware tuh?
sakit hati aku lah!
bye!